Dewan Negara: Usul Dr Syed Husin Ali – Usul ISU KEGANASAN POLIS TERHADAP ORANG AWAM YANG BERHIMPUN MENUNTUT REFORMASI SISTEM PILIHAN RAYA

KENYATAAN MEDIA YB SENATOR DR SYED HUSIN ALI
12 JULAI 2011 DI DEWAN NEGARA

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut:

“Bahawa Dewan mengizinkan YB Dr Syed Husin Ali untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai tindakan pihak polis bertindak kasar terhadap orang awam yang berhimpun.

“Perkara ini spesifik kerana merujuk kepada pihak berkuasa polis yang bertindak kasar terhadap orang awam yang berhasrat untuk berhimpun di Sentral Kuala Lumpur dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 atas menyatakan tuntutan reformasi sistem pilihan raya. Pihak berkuasa polis juga telah melepaskan tembakkan gas pemedih mata ke perkarangan Hospital Tung Shin.

“Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang ada lemah jantung meninggal dunia selepas ditembak gas dan dikejar oleh pihak polis. Mohamad Sabu, 48 tahun telah dilanggar kenderaan polis dan koyak ligamen lutut. Fayad Al-Bakri, 25 tahun telah ditembak tepat dengan keronsong gas dan patah tulang pipi, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad ditembak tepat dengan keronsong gas dan belakang kepalanya cedera. Semua ini bukan tomahan atau tuduhan, saya sendiri menyaksikan keganasan polis ini.

“Perkara ini berkepentingan awam kerana tindakan kekerasan polis tersebut telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan daripada rakyat. Perkara ini perlu disegerakan kerana corak penyalahgunan polis sebegini dinampakkan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Tindakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, dan Menteri kesihatan berbohong kepada media bahawa pihak polis tidak bertindak kasar dan tidak melepaskan bidikan kearah Hospital Tung Shin juga telah menjejaskan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis.

“Perhimpunan tersebut aman, akan tetapi pihak polis masih menyerang rakyat tanpa memberikan amaran bersurai yang jelas malah menembak kerongsong gas kearah mereka. Perdana Mnteri pula tidak berpegang pada janji untuk membernarkan mereka berhimpun di stadium. Perhimpunan ini telah berjalan dengan aman dan baik di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan , pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney ; Tower of the Sun, Osaka di Jepun ; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles ; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco dan pejabat konsul Malaysia di New York. Tetapi hanya di Kuala Lumpur yang menyaksikan serangan gas pemedih mata dan keganasan polis. Jika hanya Perdana Menteri membenarkan himpunan aman tersebut, saya jangka hari ini Malaysia akan harum namanya sebagai negara yang menjulang demokrasi, tetapi pada hari ini media antarabangsa melaporkan Malaysia menyekat demokrasi.

“Parlimen harus memandang berat insiden ini kerana keraguan tertumpu kepada penyalahgunaan Akta Polis Seksyen 27 dan Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Walaupun negara kita berprinsipkan pendemokrasian, namun penyalahgunaan kuasa polis masih berlaku berulang kali. Kerajaan juga sengaja menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) yang tidak mempunyai kuasa dakwaan untuk menjadi sebagai alasan untuk penggantian terhadap Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang lebih dapat memantau dan menyiasat polis dengan berkesan.

“Parlimen harus mengambil langkah memastikan profesionalisme pihak polis dipulihkan dan hak rakyat bersuara tidak terus terjejas.”

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB SENATOR SYED HUSIN ALI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s