Gempar – “Disko” di Melaka dibuka sehingga jam 3 pagi semasa bulan Ramadhan !

Lanjut pusat hiburan di Melaka, cermin hipokrasi Umno- Shamsul
(Oleh: Sidiqin Omar)

MELAKA: Keputusan kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan di negeri itu, mencerminkan sikap hipokrasi atau talam dua muka pimpinan Umno, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Melaka melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan dari jam 1 pagi hingga 3 pagi, di sebalik usaha kerajaan Kedah menguatkuasakan larangan kepada umat Islam mengunjungi pusat hiburan sepanjang Ramadhan.

“Sepatutnya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam sebagai pengerusi majlis agama Islam negeri menghormati bulan Ramadhan dengan menggiatkan majlis ilmu.

“Anehnya, keputusan kerajaan negeri Melaka itu tak pula diperbesarkan oleh media milik Barisan Nasional. Nampak sangat Umno Barisan Nasional berusaha mempolitikkan isu ini,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Sebaliknya, Shamsul berkata akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia cuba memutarbelitkan isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah, yang telah ditarik balik kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Utusan hari ini mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan tersebut.

Shamsul menjelaskan, Pakatan Rakyat di Kedah mengambil jalan tengah selepas perbincangan dan muafakat dilakukan.

“Di Kedah, DAP mengesyorkan supaya status pusat hiburan dikekalkan. Tetapi jangan lupa bahawa DAP juga menentang lanjutan tempoh operasi pusat hiburan di Melaka,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Justeru, beliau mencadangkan satu garis panduan diperkenalkan oleh negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dengan mengambil kira pandangan rakyat, pengusaha premis hiburan dan pentadbir tempatan.

“Kita perlu memperkenalkan konsep hiburan seiring dengan dasar Pakatan Rakyat dalam konteks kepelbagaian kaum di negara ini,” kata Shamsul.

Kerajaan Kedah Mei lalu memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan pentadbiran BN sebelumnya.

Bagaimana pun kerajaan Kedah menarik balik rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 supaya bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan.

Sebaliknya, ia hanya mengehadkan larangan itu kepada umat Islam supaya tidak mengunjungi premis hiburan bagi menghormati kesucian bulan Ramadhan.

www.keadilandaily.com

One thought on “Gempar – “Disko” di Melaka dibuka sehingga jam 3 pagi semasa bulan Ramadhan !

  1. ali rustam daya pemikiran dia tu macam budak budak. cakap pun tak tahu. jadi ketua menteri kerana kuat mengampu. malukan orang melaka aje.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s