Jangan sekadar pengumuman bernuansa pilihanraya: PM Najib perlu laksanakan pemulihan demokrasi dengan menyeluruh

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 September 2011

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) terpanggil untuk memberikan respon balas ke atas beberapa keputusan drastik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di dalam perutusan khas Hari Malaysia beliau.

Pertamanya, syabas dan tahniah kepada beliau kerana secara tidak langsung telah mengiktiraf melalui pencurian idea Pakatan Rakyat dan pejuang hak asasi Malaysia khususnya secara ‘bergaya’ melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimanapun, lebih banyak persoalan timbul berbanding menyelesaikan polemik penafian hak asasi manusia khususnya tahanan-tahanan ISA sebelum ini.

Tatkala diumum dua akta baru akan digubal menggantikan ISA, timbul persoalan apakah Akta-akta yang akan digubal ini akan turut melibatkan pihak-pihak pejuang hak asasi agar pandangan mereka didengar?

Kedua, mengenai tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah. AMK melihat, dalam konteks ini, perubahan dan kajian semula ini mungkin tidak bermakna kerana persepsi rakyat kepada kredibiliti sistem kehakiman yang parah. Malah AMK pelik mengapa kajian semula ini dilakukan tanpa melakukan reformasi sistem kehakiman secara total. Kita tidak perlu pergi jauh, prosiding kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan ini mempunyai asas yang konkrit. Apa guna mahkamah diberikan kuasa, sekiranya sistem Kehakiman masih dilihat bertindak di bawah pengaruh kuasa Eksekutif?

Ketiga, apabila disebut bahawa “kuasa Menteri masih dikekalkan bagi undang-undang berkaitan keganasan”, maka kerajaan harus mengambil satu ketetapan untuk mendefinisikan apakah itu “keganasan”. Ini harus ditekankan kerana di bawah hegemoni Umno-BN, berselisih pandangan politik juga berpotensi ditakrif sebagai satu bentu “keganasan”. Dan dengan menetapkan kuasa Menteri dikekalkan dalam hal ini, maka ianya lebih bersifat ‘wal hasil balik asal’.

Keempat, AMK turut mempertikaikan apakah rasional kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan? Sekiranya kerajaan percaya kepada kebijaksanaan rakyat, maka seharusnya akta ini dimansuhkan terus dan prinsip pengeluaran lesen juga tidak perlu dilaksanakan. Apa guna menyusun retorik memuji kematangan demokrasi usai 54 tahun kemerdekaan jika kerajaan masih mahu mengekang akses pengamal media kepada khalayak?

Kelima, berhubung dengan kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 mengenai kebebasan berhimpun. AMK mahukan jaminan jelas daripada Dato’ Sri Najib bahawa keberan berhimpun harus dipermudahkan dengan penghapusan permit yang tidak munasabah pelaksanaannya. Dengan beliau sendiri menyebut “kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa”, AMK turut mempersoalkan apakah PDRM khususnya akan menggunapakai standard antarabangsa di mana setiap perhimpunan aman akan dikawal sebaik dan seprofesional mungkin oleh pihak PDRM seperti di negara-negara luar.

AMK melihat, usai 54 tahun kemerdekaan negara dan 48 tahun penubuhan Malaysia, sistem demokrasi negara harus dianjak ke satu tahap kematangan yang lebih berani. Isu-isu persoalan sistem pilihanraya yang terpalit dengan penyelewengan yang masih tidak berjawab, isu-isu kelangsungan generasi muda khususnya mahasiswa melalui penguatkuasaan AUKU, dan beberapa hal lain, masih menunjukkan demokrasi Malaysia masih belum punyai keberanian untuk dianjak selagi mana hegemoni Umno-BN masih berkuasa.

Isunya bukan soal memberi kelebihan kepada pembangkang mahupun pemerintah. Isunya ialah bagaimana menghidupkan roh demokrasi ini kepada rakyat, ini mauduk utama yang harus difikirkan bersama.

Kesimpulannya, AMK mengucapkan tahniah di atas beberapa inisiatif yang diambil oleh Dato’ Sri Najib ini. “Keberanian politik” ini pastinya terhasil rentetan merudumnya populariti beliau mutakhir ini, dan AMK percaya ini juga satu semboyan awal Pilihanraya Umum yang pastinya akan “disempurnakan” melalui Belanjawan 2012 menjelang Oktober depan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

One thought on “Jangan sekadar pengumuman bernuansa pilihanraya: PM Najib perlu laksanakan pemulihan demokrasi dengan menyeluruh

  1. Dia tu cakap saja tapi untuk laksanakan jauh sekali. Memang orang orang suka suka cakap cakap saja untuk menarik rakyat dengar apa yang dia hendak katakan, seleas itu lain pula di luarkan. Ini kan UMNO suka buat tipu muslihat dia, Membodoh kan rakyat terutuma orang orang Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s