Takut ke Mahkamah: PM Najib dan Rosmah ikut skrip Mahathir

Kenyataan Media
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

7 Oktober 2011

Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.

AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !

Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan. Dan sekiranya Dato’ Sri Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama? Bagaimana pulakah dengan keterangan Datin Sri Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.

Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s