Istimewakah Rosmah Mansor sehingga terlibat dalam Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2012?

Najib Tinjau Persiapan Akhir Belanjawan 2012

PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini Khamis malam.

Dalam lawatan selama kira-kira sejam itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut beramah mesra dengan kakitangan kementerian yang terlibat dalam penyediaan laporan tersebut, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Turut serta isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bertemakan Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Belanjawan 2012 dijadual dibentangkan oleh beliau di Parlimen pada pukul 4 petang Jumaat.

Ia disifatkan Perdana Menteri sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan prinsip 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

— BERNAMA

Dari KeadilanDaily

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Menurut ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial Twitter.

“Sapa (siapa) Rosmah Mansor untuk hadir dlm meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun Twitter, emmiza.

“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri?Prihatin pd negara agak2 la smpi mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun IkhwanHafiz pula.

–KeadilanDaily

2 thoughts on “Istimewakah Rosmah Mansor sehingga terlibat dalam Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2012?

  1. muka tak malu memang macam tu,dia peduli ape orang kate,perasan lebeh teringin nak nak jadi wanita pertama tapi yg silapnya pemaisuri agung nak nak letak kat mana ye,sedarlah sikit awak hanya isteri kepada seorang menteri tak lebeh dari tu,dah macam kura kura bila tengok lama lama kah kah kah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s