Wajarkah RM 4.7 billion dibelanja sejak 2004 untuk PLKN?

Dari Malaysiakini

12 Oktober 2011

PLKN: Kerajaan belanja RM4.7b sejak 2004

Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

national service weapon training 220905 trainees“Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN, tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh,” katanya menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah).

Dr Abdul Latiff berkata, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun.

“Kajian-kajian yang dilaksanakan antaranya kajian keberkesanan PLKN bersama kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia di mana hasil kajian menunjukkan maklum balas yang positif melebihi 80 peratus terhadap semua komponen yang dinilai iaitu semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, berperwatakan positif dan pembentukan remaja yang cergas,” katanya.

Beliau berkata program itu merupakan satu agenda kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara, memupuk perpaduan antara kaum, mewujudkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi kaum yang mempunyai nilai-nilai murni.

 – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s