Guna Gambar Palsu untuk Memfitnah, Umno BN Makin Terdesak

Dari Malaysiakini

19 OKTOBER 2011

DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

“(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

“Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.
Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.

—Malaysiakini

[Ads]Pizza Baru di Pizza Hut: [Klik Sini]
[Ads]Jom join Churp Churp: [Klik Sini]
[Ads]SPM Tutor TV: [Klik Sini]

One thought on “Guna Gambar Palsu untuk Memfitnah, Umno BN Makin Terdesak

  1. Umno memang suka buat fitnah. itu adalah tabiat mereka. kalau di kaji latar belakang mereka mereka semua, kita akan muak dan meluat dan muntah dengan gelagat mereka yang sebenar. sebab itu mereka buat perkara ini sebagai biasa aje kerana dah biasa dengan perkara tersebut. Banyak maklumat tentang gelagat kebinatangan mereka dilaporkan tapi tiada laporan susulan di ambil. oleh kerana mereka ini adalah lebeh tinggi dari undang undang di Malaysia. Mereka buat salah tapi semua dikatakan betul, orang lain buat dia akan cungkil sehingga lobag cacing untuk memalukan, kalau tak betul dia akan buatkan yang betul betul, Perangai kebinatangan umno dah menjadi jadi, rakyat dah muak dan tahu tembelang mereka dah. Perbuatan ini berlaku kerana ada WAAAANNNNNG KORUP.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s