Anak Gadis Najib Berbelanja Besar di Australia?

Dari KeadilanDaily

1 November 2011

Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih

KUALA LUMPUR 31 Okt: Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.

Keratan akhbar The West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.

Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.

Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka.

Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.

Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.

Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.

Memetik keratan akhbar Australia itu, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah berkenaan.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor- yang juga menggelarkan dirinya ‘Wanita Pertama Malaysia’- berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), minggu lalu.

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Ahli Jawatankuasa Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin semalam menulis di blognya, berkata, ketika rakyat hidup dalam kesusahan, keluarga pemimpin negara itu terus mempamerkan gaya hidup mewah.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama perbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. rasuah dan pemborosan semakin menggila.

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,?” tulis Chegu Bard.

Ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

—Keadilan Daily

Dari Malaysiakini

1 November 2011

PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang  mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau ‘Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar’ juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

Makin terhimpit

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

najib abdul razak in perth chogm 1Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala ‘anak gadis Najib’ membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Portal pro-Umno nafi

Sementara itu, laman pro-Umno Agendadaily melaporkan, sumber memaklumkan bahawa tiada seorang pun anak perdana menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

“Memamg tidak ada… baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan sumber itu sendiri hairan bagaimana “fitnah” itu boleh direka.

“Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah),” lapor Agendadaily.

—Malaysiakini

One thought on “Anak Gadis Najib Berbelanja Besar di Australia?

  1. orang orang umngok akan menafikan itu semua sebab ketua dia yang buat. tapi kalau lain orang yang buat, maka pecah lah elinga rakyat di godam olih TV3, Utusan Meluat, TV1 dan lain lain media yang fasik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s