Kerajaan Selangor Tidak Terlibat dalam Kemasukan Peninju Israel – Exco

Kenyataan Media

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor

1 November 2011

[Selangor] Mengenai kenyataan palsu dan berunsur fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan di Parlimen pada 31hb Oktober 2011‏

Saya mengecam kenyataan palsu dan berunsur fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek di Parlimen bahawa Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, “The Challenger Muay Thai.”

Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain. Sebagai seorgan menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.

Selangor telah berjaya menarik siri televisyen bercorak realiti tersebut untuk difilemkan di negeri Selangor. Penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti “The Contender,” “The Biggest Loser Asia” dan “The Apartment.”

Walau bagaimanapun, Selangor langusung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut. Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia. Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel. Hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan kalau dan apabila ia mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas terhadap negara-negara jiran.

Ini merupakan kali kedua tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas. Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin.

YB Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Selangor

_____________________________

Dari KeadilanDaily

1 November 2011

Selangor tidak terlibat kemasukan Peninju Israel- Exco

SHAH ALAM 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

“Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warga Israel memasuki Malaysia.

“Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan warga Israel itu,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warga Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

—KeadilanDaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s