Projek Pusat Fidlot tidak masuk akal mahalnya

Dari The KeadilanDaily

1 November 2011

Projek Pusat Fidlot oleh keluarga Shahrizat 22 kali ganda mahal

KUALA LUMPUR 1 Nov: Kos Projek Fidlot Kebangsaan yang bernilai RM141 juta adalah 22 kali ganda mahal dari kos sebenar, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Projek ternakan lembu yang dijalankan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, KEADILAN juga mendedahkan jualan daging lembu berkenaan- yang kurang dari sasaran ditetapkan- turut dijual kepada restoran mewah milik Shahrizat.

Rafizi berkata, setakat ini RM6 Juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada pusat itu.

Menurutnya, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan bagi 9,000 ekor lembu dengan pulangan 27.59 peratus setahun.

“Ini bermakna RM141 juta dibahagi RM6.37 juta setahun, menunjukkan kos yang 22 kali ganda lebih tinggi,” kata Rafizi dalam sidang media di parlimen hari ini.

Semalam Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan projek tersebut yang diberikan kepada keluarga Shahrizat.

Rafizi membidas kenyataan Noh Omar bahawa projek itu tidak gagal kerana syarikat Agro Science- salah sebuah syarikat daripada dua syarikat yang dianugerahkan projek itu- berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

“Datuk Seri Noh Omar seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan (ternakan) lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara,” katanya.

Ini kerana katanya, kementerian itu melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menetapkan sasaran rasmi supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Sekaligus katanya, sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian itu adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Noh Omar.

Mengikut RMK9, projek itu perlu menternak sekurang-kurang 60,000 ekor lembu, membina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga membina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun bagi setiap ladang.

“Lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot,” katanya sambil menambah, maklumat tersebut boleh diperolehi dengan melayari laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Rafizi berkata, ekoran sikap membisu Shahrizat berhubung isu itu, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan melawat Pusat Fidlot berkenaan Khamis ini.

—Keadilan Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s