Fuziah Salleh Selar Tindakan Menteri MITI di Luar Dewan

Kenyataan Media

2 November 2011

TINDAKAN MENTERI MITI MENYELAR AHLI PARLIMEN DI LUAR DEWAN BERMOTIFKAN POLITIK

Didalam keadaan dimana YB Menteri mempunyai cukup ruang didalam dewan sewaktu penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2012, pihak Menteri telah tidak dapat menjawab dengan menggunakan fakta.

Malah Menteri menggunakan kenyataan Menteri Australia sebagai hujah dan juga memilih untuk melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan cuba menjurus kepada mengatakan isu Lynas di politikkan oleh pihak saya.

Menteri seharusnya menggunakan ‘floor’ beliau sebaik mungkin dengan fakta. Sebaliknya YB Menteri lebih berminat mempolitikkan isu dengan tidak menjawab kepada isu sebenar. Menteri kena ingat bahawa beliau ialah pihak eksekutif dan harus bertindak profesional.

Berkenaan tuduhan bahawa saya membatalkan temujanji pada 3 mei, sila rujuk kpd lampiran Kronologi Komunikasi MP dan pejabat Menteri MITI. Ianya cukup menjelaskan atas urusan apa temujanji 3 Mei itu dibuat.

Berkenaan dengan tuduhan pihak Menteri bahawa saya “misleading” dewan dengan berkata didalam dewan bahawa pre operating license sudah dikeluarkan. Saya nafikan sekeras-kerasnya dan saya cabar pihak Menteri mengeluarkan hansard dimana saya berkata demikian.

Namun, saya tetap mahu bersangka baik dengan pihak YB Menteri MITI kerana saya yakin beliau (Menteri) telah menerima panduan yang menyeleweng oleh mereka -mereka disekelilling beliau, yang mungkin ada motif politik peribadi atau kepentingan. Saya juga ingin merakamkan kekecewaan saya bahawa pihak Menteri tidak mengkaji fakta sebelum bercakap. Cuma membaca sahaja apa yang disediakan oleh pihak pegawai beliau.

Saya juga ingin melihat kehadapan dan berharap pihak YB Menteri boleh menerima maklumat selain dari maklumat input dari Lynas semata-mata. Sementelah itu, YB Menteri harus mengkaji juga maklumat alternatif sebelum mengeluarkan hujah berdasarkan input dari Lynas semata. Ini yang saya maksudkan Menteri seolah-olah menjadi jurucakap pihak Lynas.

Menteri wajar bertindak bertanggungjawab, tidak mempolitikkan isu, harus terbuka menerima kritikan dan mesti ‘answerable’ kepada rakyat. Juga keselamatan rakyat harus di letakkan agenda nombor satu.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s