Menteri Takut Pada Kebangkitan Mahasiswa dan Mencemar Sistem Pengajian – AMK

Kenyataan Media

2 November 2011

ISU AUKU SEKSYEN 15 – AMK ANGGAP MENTERI PENGAJIAN TINGGI TAKUT PADA SEMANGAT MAHASISWA DAN INGIN CEMAR SISTEM PENGASINGAN KUASA

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) menilai pengumuman Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berhasrat membawa ke mesyuarat Kabinet seberapa segera berhubung keputusan Mahkamah Rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan dalam isu peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai amat tidak wajar dan dicurigai. Sikap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini nyata tidak profesional dan sebaliknya menimbulkan pelbagai persoalan. AMK hairan apakah rasional dan keperluan bagi KPT hingga mengumumkan cadangan ingin membawa ke mesyuarat kabinet berkenaan keputusan mahkamah yang bersabit kes mahkamah rayuan berkenaan AUKU 15 (5) (a) kelmarin?

AMK berpandangan KPT sebaliknya harus merenung semula, mengkaji keputusan pihak mahkamah terutama setelah peruntukan Seksyen 15 diputuskan oleh panel hakim dalam kes ini sebagai tidak sah dan bercanggah dengan semangat perlembagaan, dan bukan terburu-buru mengumumkan peluang KPT samada perlu dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk rayuan keputusan. AMK berpendirian sekiranya dilaksanakan pengkajian semula pada peruntukan Seksyen 15 yang telah diumumkan mahkamah sebagai “tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara” maka kerajaan BN serta pentadbiran universiti dan kolej akan dapat banyak mengelak permasalahan konflik perundangan dan percanggahan tindakan tatatertib di masa hadapan yang melibatkan seksyen berkenaan.

Nyata dapat dinilai daripada niat pihak kerajaan BN melalui kementerian yang berkenaan adalah semata-mata tindakan berpaksikan politikal mahu berterusan menindas, mengekang kebebasan pergerakan dan semangat aktivisme pelajar pengajian tinggi. Ianya juga menunjukkan bahawa kejujuran para mahasiswa yang mahukan pendedahan praktikal memang dikekang selain dipandang sepi oleh BN. Jelas ianya seolah berniat jahat dan tiada mendatangkan sebarang manfaat pada mana-mana pihak.

AMK juga menilai KPT dalam hasratnya ini telah tersasar jauh dari landasan fungsi apabila bertindak sebagai percubaan mencemari kedaulatan status quo sistem pengamalan pengasingan kuasa dimana hak eksklusif pihak mahkamah judisiari menafsir sebarang akta perundangan yang terkandung dalam perlembagaan. Tindakan ingin membawa ke Kabinet bagi perbincangan lanjut adalah sama sekali tidak relevan. Tambahan pula hujah Menteri Mohamed Khaled Nordin bahawasanya pelajar akan mencapai taraf intelektual tanpa menyertai parti politik dan perlu disekat sekiranya menjurus kearah itu, pada analisis AMK adalah respon dangkal dan cetek pemikiran. Jelas alasan ini sebaliknya adalah satu penghinaan pada kejujuran, kematangan dan penghakupayaan pembentukan minat mahasiswa pada realpolitik persekitaran diluar kuliah dan kampus.

Walaupun begitu AMK tidak menolak kemungkinan niat KPT ini adalah sebenarnya isyarat reaksi cemas oleh kerajaan BN dalam melihat gelombang anak muda terutama mahasiswa yang telah menang moral, selain KPT tidak mahu kalah campurtangan autoriti, dan berterusan ingin menyekat keputusan mahkamah berkenaan menjadi satu preceedent case yang bakal menjadi tanda aras mercu pada hak kebebasan bersuara pelajar menara gading dalam menunjukkan sokongan pada aktivisme dalam konteks ini sebagai pemerhati semasa berlakunya pilihan raya kecil, menghadiri ceramah selain bertemu secara langsung para aktor ideologi politik pilihan.

Sekian, terima kasih.
Demi Rakyat – Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

ROZAN AZEN MAT RASIP
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KeADILan (AMK) MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s