Nazri Aziz, Jangan Memperlekehkan Keputusan Mahkamah Rayuan – AMK

Kenyataan Media

Angkatan Muda KeADILan (AMK)

3 November 2011

Nazri Aziz, Jangan Memperlekehkan Keputusan Mahkamah Rayuan

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berasa amat kecewa dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menegaskan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih kekal dan terus digunakan dalam universiti.

Beliau bukan sahaja tidak hormat keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan bahawa AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah bermain dengan terminologi undang-undang di mana keputusan Mahkamah Rayuan hanya satu pandangan institusi kehakiman sahaja. Kenyataan beliau jelas menunjukkan bahawa pengasingan kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman di Malaysia telah sekali lagi dihakis oleh kerajaan.

Banyak pihak menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana telah lama dicengkam oleh undang-undang yang zalim tersebut. Pemuda BN termasuk MCA dan Gerakan juga tampil ke depan untuk mengucap tahniah kepada mahasiswa serta badan kehakiman yang adil berwibawa.

Namun demikian, suasana yang gembira tersebut hanya berlangsung sekejap sahaja. Kenyataan Nazri Aziz seolah-olah menampal muka Pemuda BN yang beria-ria ingin menuntut kredit atas keputusan Mahkamah Rayuan ke atas AUKU. Malah ia juga memperingatkan persatuan pelajar, masyarakat sivil serta parti pembangkang bahawa usaha mansuhkan undang-undang zalim masih sukar dan penuh dengan rintangan yang kuat.

AUKU bukan sekadar undang-undang yang ketinggalan zaman, malah terbukti diguna sebagai alat pemerintahan untuk campur tangan politk dalam kampus. AUKU bertentangan dengan prinsip demokrasi kampus serta autonomi mahasiswa. Ramai mahasiswa telah menjadi mangsa kepada AUKU sejak ia dilulus oleh parlimen pada 1971.

AMK menyeru kerajaan supaya menghormati hasrat rakyat untuk memulakan mekanisme untuk mansuhkan AUKU di parlimen dengan segera. Kerajaan perlu akur bahawa prestasi akademik di Malaysia yang kian merosot adalah disebabkan kewujudan AUKU yang menyekat kebebasan akademik.

Oleh itu, AMK berharap Pemuda BN jangan asyik sibuk dengan sandiwara untuk mengaut publisiti politik murahan. Pemuda BN yang sebahagian daripada parti pemerintah perlu membantah kenyataan Nazri Aziz dengan sekeras-kerasnya serta memastikan Peguam Negara tidak membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s