PR Sudah Bersedia Menghadapi PRU 13, Lancar Jentera Pada 14 Disember ini

Dari Keadlian Daily

15 November 2011

Pakatan Rakyat lancar jentera pilihan raya 14 Disember

KUALA LUMPUR 15 Nov: Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya di Stadium Melawati Shah Alam pada 14 Disember depan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelancaran jentera pilihan raya itu katanya, sebagai antara persediaan Pakatan berdepan pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menjelaskan, ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Selepas pelancaran itu, jentera penerangan akan terus bergerak ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan di pejabat ketua pembangkang di parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Kit Siang, Abdul Hadi dan anggota majlis pimpinan Pakatan.

Saifudin menegaskan, buat permulaan, jentera pakatan akan difokuskan pada negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu.

“Selepas itu, jentera akan menjelajah pula di negeri-negeri tumpuan untuk kita tawan termasuklah Johor, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Menurutnya, selain merapatkan pimpinan dengan rakyat, jentera pilihan raya itu juga akan berdialog dengan rakyat setempat agar segala penerangan sampai kepada sasaran.

“Kita akan terangkan, kejayaan dasar-dasar yang kita amal di negeri yang kita perintah yang lazimnya tidak disiar di media arus perdana.

“Kita juga akan menerangkan isu semasa termasuklah skandal kondominium lembu (National Feedlot Corporation) yang gagal dijawab oleh pentadbiran (perdana menteri) Datuk (Seri) Najib,” katanya.

Sementara itu, Anwar dalam sidang media berkenaan berkata, Pakatan Rakyat sedia menyokong pindaan undang-undang bagi memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU akan datang.

Anwar berkata, sebelum ini peguam negara memberi alasan kononnya dakwat kekal tidak dapat digunakan pada PRU lalu kerana ia memerlukan pindaan undang-undang.

“Walaupun begitu, kami mendesak agar cadangan itu segera dibawa ke parlimen dengan segera dan kami sedia menyokong pindaan itu.

“Namun kita berharap ini bukanlah helah untuk melengah2kan penggunaan dakwat kekal krn jika pindaan usul ini hanya dilulus selepas PRU, ia tiada makna lagi,” katanya.


—Keadilan Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s