Artikel Islam: Tariq Ramadan dan Reformasi Radikal

Oleh: Dr Ahmad Farouk Musa

16 November 2011

Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan

Dr Ahmad Farouk Musa (Diterjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Ahmad Nabil Amir, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front )

Barangkali apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikiran rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukan semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan Islamik, tetapi juga memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi.

Lebih kurang seabad lalu, terbit harapan yang Islam akan menemui jalan untuk merancang sebuah sistem yang menyerasikan antara keimanan dan kemodenan.

Reformasi Imam Abduh terhalang oleh kebangkitan Salafi LiteralisReformasi Imam Abduh terhalang oleh kebangkitan Salafi LiteralisAhli teologi hebat seperti Imam Muhammad Abduh berhujah bahawa walaupun sesetengah aspek di dalam agama akan kekal tidak berubah terutamanya yang berkaitan dengan ibādah and aqīdah; hal-hal tadbir urus sepatutnya dikemukakan melalui akal budi manusia memandangkan hal itu jatuh di dalam ruang al-mutaghaiyyirat (yang berubah-ubah).

Agenda reformis dan rasionalisme Abduh yang menekankan kepada penaakulan (‘aql) dan keadilan Tuhan (‘adl), awalnya kelihatan seperti mampu mendasari sebuah teologi Islam yang dinamis dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran moden.

Malangnya, cubaan yang baik ini terhalang dengan kebangkitan Salafi literalis dan kesan-kesan rumit yang dibawa bersama kebangkitan itu.

Ath-thawabit (yang tetap) dan al-mutaghaiyyirat (yang berubah-ubah)

Dr Tariq Ramadan merupakan cucu Imam Hasan al-Banna (gambar)Dr Tariq Ramadan merupakan cucu Imam Hasan al-Banna (gambar)Salah seorang sarjana Islam dan intelektual terkenal yang berada di barisan hadapan menentang para literalis tidak lain adalah Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hasan al-Banna.

Di dalam buku beliau bertajuk Radical Reform, Tariq Ramadan menegaskan bahawa pendekatan literalis kontemporari mengakibatkan tiga kekeliruan, yang menghadkan tafsiran dan menjadikannya mustahil untuk memberi jawapan yang memadai kepada cabaran-cabaran semasa.

Yang pertama ialah kegagalan untuk membezakan di dalan kandungan wahyu, antara yang tetap dan yang berubah-ubah mengikut perubahan masa dan persekitaran.

Sekalipun terdapat perintah dan larangan yang bersifat mutlak dan tetap, perlaksanaannya boleh mengambil bentuk yang berbeza atau berubah mengikut persekitaran.

Pada peringkat sosial dan budaya misalnya, prinsip kesusilaan dan peraturan-peraturannya telah ditetapkan di dalam etika Islam, tetapi perlaksanaannya di dalam mana-mana masyarakat sentiasa perlu mengambil kira budaya dan kebiasaan setempat. Dengan kegagalan untuk membezakan dengan baik diantara yang tetap dan yang berubah-ubah, golongan literalis kontemporari terjerumus ke dalam beberapa kekeliruan lain lalu mendatangkan akibat yang serius.

Antara Prinsip dan Model

Intipati dalam mentaati Rasulullah ialah berusaha menawan kembali kekuatan spiritual dan kuasa intelektualnya agar tampil sebagai model sosial semasa.Intipati dalam mentaati Rasulullah ialah berusaha menawan kembali kekuatan spiritual dan kuasa intelektualnya agar tampil sebagai model sosial semasa.Kesan daripada kekeliruan yang pertama membawa kepada kekeliruan kedua melibatkan kegagalan untuk membezakan antara prinsip and model. Walaupun prinsip boleh bersifat mutlak dan kekal, perlaksanaannya di dalam ruang masa dan di dalam sejarah adalah relatif, berubah dan berterusan bermutasi.

Dengan itu, prinsip keadilan, kesamarataan, hak dan kebebasan yang memandu Rasulullah kekal menjadi rujukan melangkaui sejarah. Akan tetapi model bandar Madinah adalah realisasi sejarah terkait dengan realiti dan keperluan zaman Baginda.

Oleh itu, sekalipun kita cuba untuk berpegang kepada prinsip-prinsip, kita tidak boleh menduplikasi sebuah model sejarah yang tidak lagi serupa dengan keperluan zaman kita.

Tarikan kepada kesilapan yang disebutkan itu boleh ditemui di dalam sesetengah aliran Salafi semasa yang menyokong komitmen politik yang hampir esklusif, dengan cubaan untuk kembali kepada struktur politik tertentu di dalam sejarah sehingga menjejaskan prinsip-prinsip yang mentadbir masyarakat di zaman itu.

Tariq Ramadan menegaskan bahawa intipati dalam mentaati Rasulullah bukan dengan meniru bulat-bulat tindakan-tindakan mereka di zaman Rasul, atau cuba menghasilkan kembali pencapaian-pencapaian yang telah menjadi sejarah, tetapi ketaatan itu terletak pada usaha menawan kembali kekuatan spiritual dan kuasa intelektual mereka untuk mencapai model sosial yang meyakinkan bagi zaman kita, sepertimana yang mereka lakukan bagi zaman mereka. Bukanlah rupa bentuk yang perlu diulangi tetapi substansi, semangat dan objektif itu yang lebih utama digapai.

Antara Aqidah atau Ibadah dan Mu’amalah

Prinsip asas di dalam urusan sosial ialah tiap sesuatu itu dibenarkan (al-asl fil-ashyā al-ibāha), dengan itu memberi manusia ruang dalam lapangan rasionaliti, kreativiti dan penyelidikanPrinsip asas di dalam urusan sosial ialah tiap sesuatu itu dibenarkan (al-asl fil-ashyā al-ibāha), dengan itu memberi manusia ruang dalam lapangan rasionaliti, kreativiti dan penyelidikanKetiga, menurut Tariq Ramadan adalah kegagalan untuk membezakan antara metodologi perundangan berkaitan dengan aqīdah (sistem kepercayaan) dan ibādah (ibadat); dengan hal-hal yang berkaitan mu’amalah (urusan sosial).

Walaupun ruang lingkup aqīdah dan ibādah, kita didatangi dengan ajaran yang telah ditentukan oleh wahyu; ruang lingkup mu’amalah pula sebaliknya, yang mana semua perkara adalah dibenarkan melainkan yang nyata ditegah oleh wahyu.

Prinsip asas di dalam urusan sosial ialah tiap sesuatu itu dibenarkan (al-asl fil-ashyā al-ibāha), dengan itu memberi manusia ruang dalam lapangan rasionaliti, kreativiti dan penyelidikan. Selama mana manusia itu kekal berpegang kepada prinsip-prinsip, apa-apa hasil sosial, ekonomi dan politik itu bukan bid’ah (perbuatan inovasi yang keji daripada sudut agama) tetapi seharusnya dilihat sebagai pencapaian untuk kebajikan manusia.

Ketiga-tiga kekeliruan ini mempunyai kesan besar terhadap pemikiran Islam kontemporari dan cenderung untuk membendung sebarang reformasi dalam pembacaan , pemahaman dan perlaksanaan teks di dalam konteks sejarah. Umumnya, ia akan mengakibatkan terlampau meringkaskan mesej Islam yang bersifat universal dan akhirnya menyanggahi objektifnya yang abadi tanpa batas masa.

Peranan Ijtihad

Sejarah telah menunjukkan, semenjak para cendekiawan Islam membuat keputusan untuk ‘menutup pintu bagi Ijtihād’ sekitar kurun ke-13, dunia umat Islam telah menjadi sebuah tamadun yang statik, terbatas dengan penjelasan orang-orang yang terdahulu, melangkah kehadapan hanya dengan tapak-tapak kecil di dalam perjuangan yang besar.

Ijtihād sentiasa diperlukan dalam menggalakkan pembacaan kritis teks apabila ia terbuka untuk tafsiran, atau ketika teks hanya bersikap diam dalam sesetengah situasi, atau ketika konteks perlu diberi perhatian dalam perlaksanaan teks, walaupun teks-teks itu kelihatan qat’ie (eksplisit)Ijtihād sentiasa diperlukan dalam menggalakkan pembacaan kritis teks apabila ia terbuka untuk tafsiran, atau ketika teks hanya bersikap diam dalam sesetengah situasi, atau ketika konteks perlu diberi perhatian dalam perlaksanaan teks, walaupun teks-teks itu kelihatan qat’ie (eksplisit)Islah (reformasi) dan tajdid (pembaharuan) telah ditentang daripada tanah umat Islam dan para reformis serta pemikir Muslim samada dikutuk ataupun didakwa, hingga menghalang proses pembaharuan yang mampu membawa agama dan umat Islam menelusuri arus kemodenan.

Disebabkan itulah Tariq Ramadan menekankan keperluan Ijtihād dalam mengejar agenda pembaharuan.

Menurut beliau, Ijtihād sentiasa diperlukan dalam menggalakkan pembacaan kritis teks apabila ia terbuka untuk tafsiran, atau ketika teks hanya bersikap diam dalam sesetengah situasi, atau ketika konteks perlu diberi perhatian dalam perlaksanaan teks, walaupun teks-teks itu kelihatan qat’ie (eksplisit).

Keabsahan dan keperluan kepada pembacaan kritis sedemikian adalah diperlukan dan jarang sekali dipersoal, melainkan oleh mereka yang mengikut aliran literalis yang sempit.

Hubungan dialektik antara teks and konteks adalah satu panggilan kepada kecerdikan manusia bagi mencari jalan untuk terus berpegang kepada ajaran agama melalui penggabungan dua pengetahuan iaitu prinsip yang kekal abadi dalam urusan amalan dan etika serta keadaan realiti masyarakat yang sentiasa berubah-ubah.

Pembaharuan: Adaptasi atau Transformasi

Semua aliran reformis bersetuju bahawa sarjana perundangan Muslim mestilah memikirkan dan mempertimbangkan fiqh (perundangan Islam) berdasarkan cabaran-cabaran baru zaman mereka. Ijtihād dianggap, sepertimana Muhammad Iqbal sebutkan, alat yang lazim, ditawarkan oleh tradisi perundangan Islam untuk mencapai pengubahsuaian dan pembaharuan.

Disebabkan globalisasi, fuqahā’ (ahli-ahli fikah) kini dilanda persoalan berkaitan kelangsungan ketetapan-ketetapan agama Islam dalam era baru ini.

Dunia ini terus bergerak dan ahli-ahli fikah sentiasa kentinggalan di belakang kemajuan yang terus memecut.

Oleh itu, Tariq Ramadan mengusulkan, sebuah pendekatan transformasi berbanding pendekatan adaptasi. Pembaharuan transformasi, menurut beliau lebih tepat kerana menambah langkah lanjutan dan kondisi kepada keseluruhan proses. Pembaharuan tersebut mensasarkan untuk mengubah susunan sesuatu itu di atas nama etika yang cuba dipegang. Dalam erti kata lain, membuka langkah daripada teks (nusus) menuju konteks (waqi’), yakni untuk bertindak ke atas konteks and memperbaikinya, tanpa menerima kekurangannya sebagai takdir semata.

Sebuah Pembaharuan Radikal

Langkah selanjutnya memerlukan kondisi yang paling asas yang perlu dipatuhi. Iaitu memperoleh pengetahuan mendalam tentang konteks, dan menguasai penuh semua lapangan ilmu termasuklah sains manusia. Pembaharuan yang radikal mensasarkan untuk mengubah dunia, juga memberikan pembacaan baru kepada teks-teks , tidak boleh sekadar bergantung kepada ulamā’ an-nusus (pakar teks) sahaja, tetapi memerlukan persepaduan penuh dan sama rata semua cabang ilmu.

Dalam hal ini, adalah sangat mustahak untuk meluaskan lingkaran kepakaran dan melibatkan ulamā’ al-waqi’ (pakar konteks) dan bukan lagi sekadar ulamā’ an-nusus.

Pembaharuan radikal adalah satu panggilan untuk mempertimbangkan sumber-sumber agama kepada keperluan menyelaraskannya dengan dunia dan evolusinya serta pengetahuan manusia. Oleh yang demikian, penyelarasan hati nurani dan sains adalah penting sekali. Pastinya akan terdapat kawasan-kawasan yang perlu diperbahaskan, dan akan ada percanggahan pendapat. Tetapi hati nurani umat Islam kontemporari mestilah mengubah kekacauan pertembungan dan percanggahan idea menjadi sebuah tenaga perbahasan, pembaharuan dan kreativiti yang melahirkan keyakinan dan juga perhubungan yang tenteram di tengah-tengah zaman moden dan cabarannya.

Seorang Martin Luther Bagi Umat Islam

Tariq Ramadan telah muncul sebagai salah satu suara terpenting bagi Islam aliran reformis. Kepercayaan beliau pada pendekatan intergrasi, yang menyatukan kekuatan teologi, pendekatan berdasarkan nilai dengan pemahaman realistik masalah kontempotari adalah resipi penting untuk reformasi sebenar.

Dan penegasan beliau bahawa dunia terus berubah, terdapatnya keperluan untuk meninjau dan menilai kembali pada al- Qur’ān dan teks-teks Islam yang lain adalah konsisten dengan semangat pemulihan dan pembaharuan.

Seruannya untuk membaca kembali teks-teks Islam kerana banyaknya salah tanggapan dalam komuniti Islam, agak menyerupai tuntutan Martin Luther untuk kembali kepada “teks asal”, bebas daripada salah tanggapan.

Walau bagaimanapun, sementara pembacaan semula Martin Luther membebaskan teks Kristian daripada monopoli Gereja dan membuka jalan bagi penterjemahannya ke dalam semua bahasa Eropah, usaha Tariq Ramadan masih belum lagi diterima penuh oleh umat Islam, yang majoritinya masih terperangkap dalam perbincangan dan polemik traditionalis-salafi-modernis.


—Dr Ahmad Farouk Musa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s