RTM Haramkan Lagu Bunkface – Panik

Dari Oh Bulan

2 Disember 2011

RTM Haramkan Lagu “Panik” Oleh Bunkface Kerana Lirik Berunsur Politik?

Kerana perkataan “Reformasi”, RTM telah mengharamkan lagu berjudul ‘Panik’ daripada disiarkan di radio. Itulah yang berlaku baru-baru ini pada kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Situasi’ dan ‘Prom Queen’.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum yang baru sahaja memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) menjelaskan,

“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,” katanya kepada media.

Keadaan ini turut menyebabkan Sam rasa mereka tidak dilayan dengan betul sedangkan lirik itu tidak merujuk pada mana-mana parti politik ataupun mempunyai unsur-unsur dalaman politik.

“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM dengan mudah mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,” ujarnya lagi.

Mungkin sebab inilah Bunkface memilih untuk meneruskan perjuangan muzik mereka di seberang. Apa-apa pun, mari kita terus sokong industri muzik tempatan.


—Oh Bulan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s