Bekas MB Perlis Merasuah Alstom?

Tidak cukup dengan skandal NFC yang melanda pimpinan Umno, kini bekas MB Perlis pula dikaitkan dengan skandal rasuah projek elektrik di Perlis kepada Alstom. Rasuah sudah menjadi darah daging Umno dan BN

Dari Malaysian Insider

5 Disember 2011

Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.

Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,

Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.


—Malaysian Insider

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

2 thoughts on “Bekas MB Perlis Merasuah Alstom?

  1. Cuba lihat kalau masih ada Transtherm Engineers Sdn Bhd yang ketika itu berpejabat di No. 23C Wisma Ampang Triangle 2, Jalan Mamanda 7/1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor (atas Bank Bumiputera Commerce / sekarang CIMB) yang merupakan konsultan projek tersebut..

  2. Cuba lihat kalau masih ada Transtherm Engineers Sdn Bhd yang ketika itu berpejabat di No. 23C Wisma Ampang Triangle 2, Jalan Mamanda 7/1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor (atas Bank Bumiputera Commerce / sekarang CIMB) yang merupakan konsultan projek tersebut..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s