Pilihanraya Mesir: Parti Islam Kuasai 65% Undi

Dari Malaysia Chronicle

5 Disember 2011

Parti-parti Islam Mesir dapat 65 peratus undi

KAHERAH – Parti-parti Islam memenangi 65 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen Mesir, menurut perangkaan rasmi yang diperoleh agensi berita AFP semalam.

Parti Ikhwanul Muslimin memenangi 36.62 peratus undi diikuti Salafist Al-Nur dengan 24.36 peratus undi dan Al-Wasat sebanyak 4.27 peratus undi.

Perangkaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya Mesir, Yusri Abdel Karim.

Menurut satu senarai rasmi, Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili pergerakan Ikhwanul Muslimin memenangi 3.56 juta undi daripada 9.73 juta undi sah.

Parti Salafist Al-Nur memenangi 2.37 juta dan Parti Wasat memperoleh 415,590 undi.

Perikatan liberal, Blok Mesir menerima 13.35 peratus dengan 1.29 juta undi.

“Kami mengalu-alukan pilihan penduduk Mesir,” kata jurucakap Parti Kebebasan dan Keadilan, Ahmed Sobea.

“Mesir kini memerlukan semua parti untuk bekerjasama bersama untuk keluar daripada krisis,” tambahnya.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin dikenali sejak berdekad-dekad lalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan menentang pemerintahan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir selama 30 tahun.

Hosni meletakkan jawatan pada Februari lalu selepas sejumlah besar penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini untuk menuntut peletakan jawatannya.

Namun, prestasi Parti Salafist Al-Nur yang memperjuangkan tafsiran fundamental mengenai Islam mengejutkan sekali gus mencetuskan kebimbangan menjadi lebih konservatif dalam Parlimen yang mengandungi 498 anggota.

Pilihan raya itu diadakan pihak tentera yang memerintah sementara Mesir bagi membolehkan kuasa pentadbiran diserahkan kepada pemerintahan pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya di Mesir itu adalah sama seperti di Tunisia dan Maghribi apabila parti Islam turut menang kesan daripada kebebasan baharu yang dibawa oleh pergerakan demokrasi.

-Agensi


—Malaysia Chronicle

Sila hadir beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan moral terhadap kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2011 (Khamis) dan 9 Disember 2011 (Jumaat) ini.

Reformasi!

*Mohon cuti awal-awal untuk keadilan!

About these ads

One thought on “Pilihanraya Mesir: Parti Islam Kuasai 65% Undi

  1. Ikhwanul Muslimin menang? Boleh puasa esok dan lusa ni. Satu sempena hari Asyura’, satu lagi sebagai tanda bersyukur atas kemenangan gerakan Ikhwan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s