“Saya Akan Terus Berjuang Walau Di Dalam Penjara” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dari Keadilan Daily

15 Disember 2011

Saya akan terus berjuang walau dari dalam penjara- Anwar

KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikirar akan terus memperjuangkan keadilan meskipun beliau mungkin dipenjarakan atas dakwaan Fitnah II.

Bercakap kepada wartawan selepas hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau di kompleks mahkamah Jalan Duta di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Anwar berazam akan terus menguatkan Pakatan Rakyat untuk melakukan reformasi walaupun beliau mungkin dipenjarakan sekali lagi.

Bagaimanapun pemimpin rakyat itu berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.

Anwar dalam pada itu membangkitkan tarikh keputusan 9 Januari yang kemungkinan akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke 13 diadakan.


—Keadilan Daily

____________________________

Dari Malaysiakini

15 Disember 2011

Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan “tidak harus diutamakan”, Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,”tanda-tanda tidak kelihatan baik” untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.


—Malaysiakini

____________________________

Dari Malaysian Insider

15 Disember 2011

Anwar: Saya akan lawan demi keadilan, tak kira apa keputusan

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar (gambar), bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.


—Malaysian Insider

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s