Kenapa Tergesa-gesa? – AMK

Dari: Malaysiakini

19 Disember 2011

AMK: Kenapa k’jaan tergesa-gesa dengan SBPA?

Pemuda PKR (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

timbalan ketua penerangan amk najwan halimi“AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih sama ada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada ‘gula-gula pilihan raya’ di sebaliknya?” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi (kanan).

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dilaporkan berkata tidak akan menerima tawaran SBPA sehingga satu pertemuan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menangguhkan pelaksanaan SBPA serta berunding dengan Cuepacs bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

“Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara,” katanya.

Najwan berkata, ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana didedahkan Cuepacs sememangnya memeranjatkan dan bercanggah dengan pengumuman oleh Najib sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 .

Katanya, menteri kewangan menyatakan kenaikan gaji kakitangannya antara 7 hingga 13 peratus, namun dakwanya apa yang berlaku sebenarnya kurang daripada 7 peratus.


—Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s