Skandal Lembu: Shahrizat dan Keluarga Miliki Kondo RM 10 juta di Singapura

Dari: Malaysiakini

20 Disember 2011

PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S’pura

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.


—Malaysiakini

___________________________________________________

Dari Keadilan Daily

20 Disember 2011

Keluarga Shahrizat beli kondo RM10 juta di Singapura

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN hari ini tampil mendedahkan satu lagi pembelian kondominium mewah oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kondominium tersebut yang didakwa dibeli di Singapura, dianggarkan berharga RM9.9 juta dengan keluasan 2,282 kaki persegi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution ketika mendedahkan dokumen pembelian berkenaan berkata, kediaman mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Ochard Scotts itu dibeli pada 27 Januari 2010.

Katanya, carian rasmi mendapati ia didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Zabedah Mohamad Salleh.

Mohd Salleh adalah pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) yang sebelum ini didedahkan menyelewengkan RM250 juta dana, termasuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

“Kalau sebelum ini kondo One Menerung (di Bangsar) didaftarkan atas nama syarikat NFC, namun kali ini ia didaftar terus nama keluarga mereka, ” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.

Turut hadir Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Saifuddin, rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, menunjukkan keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar itu.

Katanya, rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority.


—Keadilan Daily

One thought on “Skandal Lembu: Shahrizat dan Keluarga Miliki Kondo RM 10 juta di Singapura

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s