Siasat Segera Laporan Polis Adam !

Bapa mohon lindungi Adam
Oleh : HASLINA KAMALUDIN
Tarikh : December 22, 2011

SHAH ALAM – Selepas insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, menerima pelbagai ugutan daripada telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya yang mengancam dirinya dan keluarga.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, berikutan perkara tersebut, bapa Adam Adli, Abdul Halim menghubunginya memohon bantuan melindungi dan memastikan anaknya, Adam Adli berada dalam keadaan selamat.

“Perkara ini sudah menjadi serius, apabila ada pihak cuba melemparkan pelbagai ugutan. Tidak hanya itu, keluarga ini menerima ugutan akan mencederakan Adam sekiranya bertemu Adam di mana-mana.

“Jadi, perkara ini sudah semakin parah apabila ada pihak tidak menghormati undang-undang. Adam sudah pun membuat laporan polis berhubung isu ini dan kini menjadi tanggungjawab AMK untuk melindunginya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Adam membuat laporan polis di balai polis Tanjung Malim, apabila ugutan turut diterima di kawasan kampusnya.

“Ugutan sebegini berlaku di mana-mana. Jadi, sebagai bapa sudah pasti beliau risau dan takut dengan keselamatan anaknya. Tidak hanya keselamatan, malah Abdul Halim turut meminta khidmat guaman untuk membela nasib anaknya.

“Selepas laporan polis dibuat, Adam sendiri menghubungi pihak polis untuk bertanyakan status, namun jawapan diterima hampa apabila ia seperti bola pingpong ditepis ke kiri dan kanan,” katanya.

Jelasnya, pihaknya mendesak polis lebih telus dalam menjalankan tanggungjawab berdasarkan laporan dibuat.

“Kami berharap perkara ini akan mendapat kerjasama baik daripada pihak polis. Ingin saya tegas, ini bukan perkara ringan. Ugutan bunuh dan sebagainya sudah menjadi kes jenayah,” katanya.

www.sinarharian.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s