Angkuh Dr.M Perlekeh Negara-negara Asia Menerima Bantuan Bank Dunia Akhirnya Memalukan Malaysia.

Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri?

Dari: Free Malaysia Today

25 Disember 2011

DR M perlekeh negara peminjam Bank Dunia

Oleh: Nazli Ibrahim

Ketika itu sekitar tahun 1998-1999. Saya masih ingat ketika itu negara-negara Asia sedang bergelut untuk membawa negara masing- masing keluar dari kemelut krisis matawang yang membawa kepada kejatuhan ekonomi di rantau Asia.

Malaysia yang ketika itu Menteri Kewangannya, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad merupakan negara terawal yang mengumumkan telah berjaya keluar dari masalah kejatuhan ekonomi.

Maka, di media arus perdana hari itu, Mahathir dengan gahnya mengumumkan ekonomi negara ini telah berjaya dipulihkan dengan menggunakan pendekatan teori-teori ekonominya.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut memperlekehkan negara-negara Asia lain yang menerima bantuan pinjaman dari Bank Dunia yang dikatakannya masih belum keluar dari cengkaman kejatuhan ekonomi Asia.

Menurutnya ketika itu, tindakan mengambil pinjaman dari Bank Dunia telah menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa mengikut telunjuk Bank Dunia dalam menguruskan ekonomi masing-masing berbanding negara ini yang menolak bantuan dana tersebut.

Tindakan seperti itu tentunya tidak digemari oleh Mahathir apabila ianya bertentangan dengan amalan beliau yang mengutamakan projek -projek mega dan menyelamatkan beberapa syarikat terpilih.

Bagi kebanyakan penganalisis ekonomi tempatan dan antarabangsa ketika itu pula menganggap pengumuman Menteri Kewangan Malaysia itu sebagai satu ‘kejutan’.

Saya kira tentu ramai yang masih ingat akan sebuah iklan animasi yang menunjukkan sekumpulan lelaki mendayung sebuah perahu naga di dalam lautan bergelora bagi menggambarkan kejayaan negara menempuhi gelora ekonomi.

Meskipun realiti kehidupan rakyat terbanyak masih tidak menampakan apa-apa perubahan dengan kadar pengganguran yang tinggi, kos sara hidup meningkat dan sebagainya, ramai yang percaya ekonomi negara ketika itu benar-benar telah pulih dan ianya adalah hasil dari kebijaksanaan Mahathir menguruskan ekonomi negara.

Hari ini, setelah 13 tahun krisis mata wang Asia berlalu, ramai antara kita masih lagi terkenang-kenang akan tindakan bijak Mahathir menguruskan ekonomi negara ketika menghadapi krisis matawang di Asia pada ketika itu.

Selama 13 tahun juga rakyat negara ini cukup berbangga kerana negara ini pernah memiliki seorang Perdana Menteri yang juga Menteri

Kewangan yang bijak menguruskan ekonomi dan tegas menolak bantuan dana dari Bank Dunia sekaligus mengelakkan kita dari terpaksa mengikut telunjuk orang luar dalam menentukan hal ehwal ekonomi negara.

Mahathir akui pinjam dari Bank Dunia

Tiba-tiba hari ini, setelah menerima asakan dari pembangkang beserta dengan bukti-buktinya, rakyat negara ini dikejutkan dengan pengakuan beliau bahawa negara ini telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia ketika berhadapan dengan krisis itu.

Lebih mengejutkan lagi, bukannya sekali, tetapi tiga kali negara kita mengambil pinjaman dari Bank Dunia itu.

Meskipun penjelasan dalam blognya mendakwa pinjaman tersebut dimohon ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjawat jawatan Menteri Kewangan, bukti menunjukkan sebaliknya – sekurang-kurangnya dua darinya adalah dari air tangan Mahathir sendiri sementara satu lagi boleh dipertikaikan statusnya.

Tambahan pula, Mahathir sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selepas Anwar, amatlah malang dan tidak keterlaluan jika dikatakan bodoh untuk mendakwa beliau tidak memiliki apa-apa kuasa untuk menolak atau membatalkan permohonan pinjaman yang dibuat sebelumnya.

Maka pada hari ini jelaslah bahawa apa yang dibanggakan Mahathir selama ini tidaklah lebih dari hanya satu pembohongan semata-mata untuk menaikkan namanya konon sebagai Menteri Kewangan yang bijak mencatur ekonomi negara.

Keangkuhan beliau yang tanpa ada rasa rasa segan-silu memperlekehkan negara-negara sahabat dalam Asia kerana menerima bantuan dari Bank Dunia ketika itu juga akhirnya memalukan Malaysia dan rakyatnya.

* Penulis merupakan seorang penulis/wartawan bebas. Selain menulis di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com


—Free Malaysia Today

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s