RPK Syok Sendiri?

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!


Kenyataan Media

Oleh: N Surendran

2 Januari 2012

Kenyataan RPK tidak berasas dan tanpa sokongan bukti

Saya merujuk kepada wawancara penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mana beliau membincagkan ‘Perdana Menteri gay’ dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif RPK membuat kenyataan seperti itu.

Namun demikian, saya mengatakan bahawa kenyataan separuh benar, perli dan sindiran melampau yang dibuat beliau adalah tidak benar, tidak disokong oleh apa-apa bukti yang dipercayai dan berupa fitnah yang jelas. Untuk sebab-sebab tertentu, RPK mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan suatu rekaan palsu tanpa selindung oleh Umno/BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara.

Justeru, sindiran melampau RPK berdasarkan konspirasi jahat yang secara meluas tidak dipercayai di seluruh negara dan di luar negara. Perbicaraan Anwar merupakan suatu penghinaan terhadap keadilan dan tata cara perundangan yang adil dan dapat diterima; serta ia telah dikutuk sedemikian rupa oleh badan-badan hak asasi, para pemimpin sivil dan politik di seluruh dunia.

Kegagalan untuk mendedahkan bahan bukti yang penting kepada pihak pembelaan; kecacatan serius terhadap cara sampel forensik diambil, disimpan dan dianalisis; pra penghakiman kes oleh Hakim Zabidin yang tidak kukuh di sisi undang-undang dan sangat luar biasa dibuat pada penghujung penggulungan kes pendakwaan; pertemuan luar biasa di antara si pengadu dan Perdana Menteri, serta penjelasan PM berhubung hal ini, merupakan antara sebahagian bukti –bukti konspirasi yang cukup banyak di sebalik kes liwat II ini. Atas alasan yang rapuh ini, RPK membina sebuah menara yang hampir roboh berasaskan andaian kabur dan sindiran liar.

Bagi video seks pula, ia merupakan pemalsuan yang direka-reka kerana keadaan terdesak oleh para pengkomplot akibat kegagalan mereka dalam kes Liwat II untuk memalingkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Watak utama dalam kemelut video seks yang memalukan itu ialah bekas Naib Presiden Umno dan Ketua Negeri Mwlaka, Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan berhubung skandal seks melibatkan kanak-kanak di bawah umur. Berpuluh-puluh ribu salinan video lucah diedarkan ke seluruh negara, manakala pihak polis duduk dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pengedar bahan-bahan lucah.

Selepas beberapa bulan mendapat tekanan orang ramai, ketiga-tiga Datuk T didakwa bagi kesalahan kecil. Jabatan Peguam Negara pula mengambil kesempatan prosiding tersebut untuk memfitnah dan menyerang kewibawaan Anwar Ibrahim. Apakah RPK sudah lupa, sejarah panjang Umno dalam menyalahgunakan polis, pendakwaan dan kehakiman untuk melenyapkan atau meneutralkan tokoh-tokoh utama pembangkang? Selanjutnya, RPK menyediakan tidak langsung menyediakan sedikit asas atau bukti atas dakwaan luar biasanya bahawa beliau ‘90%’ yakin bahawa Anwar di dalam video seks tersebut.

Rakyat negara ini amat bertuah kerana tidak terjebak ke dalam plot muslihat oleh UMNO ini, yang jelas merupakan cubaan jenayah dan tipu helah licik untuk menghalang gerakan reformasi dan perarakan Pakatan Rakyat ke arah kuasa persekutuan. Umnio mesti melibatkan diri dalam politik demokratik perdebatan dan perbincangan, serta berhenti menggunakan cara-cara kotor dan tidak jujur untuk cuba menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.


N Surendran
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

One thought on “RPK Syok Sendiri?

  1. RPK fikir dia dah bijak dan pandai. Itu sebab coment coment beliau terhadap PKR sebagai arahan dan detect, supaya PKR ikut kehendak beliau. Apabila PKR tidak menghiraukan dia maka dia rasa kecewa sebab tidak dengar nasihat konon nya kebaikan.Dia (RPK) fikir dia dah bijak. dari dulu lagi saya memang tidak sukakan dia dengan tulisan dia itu. Jlkalau diteliti dengan mendalam, dia ni dapat feed back atau informer yang memberi dia idea untuk menulis. Segala tulisan nya adalah sabagai anggapan saja. Dia ni seorang penulis skrip saja. Yang memberi maklumat adalah orang orang orang yang sokong dia. Dia dah besar kepala. Dia fikir dia dah cukup popular, itu sebab dia tubuhkan Third Force konon untuk ambil aleh PKR untuk memerintah. Tiap tiap gerakan yang akan dilaku terlebeh dahulu mesti ada tujuan yang lain. Lihat dulu dia komen PKR dan hentam PKR dan selepas dia sebut Third Force. Selepas itu MCLM tertubuh. MCLM tdak dapat tempat maka dia cuba aleh cara lain pula.

    Dia (RPK) dah kekosongan idea sebab informer dia dah tak beri maklumat kepada dia, Dia tak tahu apa hendak di tulis kan lagi. Mungkin orang biayai dia dah tak ada minat lagi, dan dia saya rasa dah kurang $$$$$$$$……….dan memerlukan nya cara terdesak, Umno dan Bolehland bila bila bolih bantu dia tapi sudah tentu dengan syarat. Dia dah besar kepala dan ingin pula hendak memerintah Negara. OOOOp besar hajat beliau agaknya. Dia dah tak ada tempat lagi hanya satu talian hayat iaitu dengan Munafikumno.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s