Siapa tipu? Jamil Khir? Mashitah? Ketua Audit Negara?

Keadilan Untuk Anwar! Ayuh turun 9 Januari 2012!


Kenyataan Media

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

2 Januari 2012

SKANDAL ZAKAT: JAWAPAN JAMIL MASIH BERCANGGAH DENGAN MASHITAH DAN KETUA AUDIT NEGARA

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. KEADILAN tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.


NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
KEADILAN

5 thoughts on “Siapa tipu? Jamil Khir? Mashitah? Ketua Audit Negara?

  1. who is cheating who?? the AG cheating someone?? a datuk cheating a dato, a datuk cheating a cow?? a cow cheating a dato> so we see missing cows , missing billions. its all about cheating the citizens??

  2. Dear Oh Dear we can all drink till the COWS comes home………..
    Even Zakat money is not spared these devils should hang at noon.

  3. Salam.
    Saya berpendapat bahawa isu ini harus diperjelaskan dengan fakta dan alasan yang kukuh lagi menasabah. Umat Islam khususnya dan rakyat jelata amnya amat keliru dengan kenyataan dari semua pihak yang terbabit dan juga dari pihak yang membangkitkat isu ini.
    Pentingnya isu ini diperjelaskan kerana ianya membabitkan personality yang pada pandangan awam seorang yang warak, berilmu dan berpangkat ustaz. Kedua ianya membabitkan persoalan penyelengaraan wang zakat dan berkaitan dengan hukum syara’.
    Yang menghairankan, sehingga hari ini tiada mufti, ulama atau ketua ugama yang tampil untuk menyelidik perkara sebenar dan membuat kenyataan sedangkan perkara ini tidaklah begitu rumit untuk diperjelaskan. Sekiranya betul ada pembayaran, segala rekod berkaitan dengan pembayaran dipamirkan agar rakyat jelata dapat melihat kesahihannya.
    Dalam isu ini pihak MAIWP harus memberi penjelasan dan bukan berdiam diri. Pusat zakat sepatutnya boleh tampil kehadapan dan membuat kenyataan berhubung perkara ini. Kenapa berdiam diri?
    Selagi semua pihak memberi kenyataan yang bercanggah selagi itulah rakyat dan umat Islam khususnya bertambah kerilu dan resah.
    Mungkin selepas ni ramai yang kurang berminat untuk membayar zakat di pusat zakat…..Wallahu ‘alam.

    Wasalam

  4. Salam Saudara Sallehudin N….saya setuju 100% dengan komen saudara. Isu ini ade berkaitan dengan agama dan hukum2nye. Saya juga rasa pelik kenapa mufti2, ulama2 dan ustaz2 yang berilmu keagamaan tidak pun tampil kehadapan untuk berkongsi pendapat supaya isu ini dapat dijelaskan kepada rakyat umum khususnye yang beragama Islam. Bukan kah negara ini mempunyai ramai orang yang sentiasa melaungkan bahawa hati dan jiwa mereka untuk berjuang untuk agama, bangsa dan raja? Kes menyalahgunakan wang zakat untuk kepentingan perbadi bukan kah ade kena mengena dengan hukum syara? Saya rasa lebih baik dan berguna kalau Hassan Ali berhenti sekejap dari kerja tangkap orang Islam yang minum arak untuk berkongsi pendapat dia. Kalau nak tangkap orang Islam yang minum bolih dibuat bila2 masa 7 hari seminggu sebab dimana2 pub pun pasti. Dia orang tak pergi mana2. Tapi saya rasa kes ini lagi berat hukumannye. Selain Hassan Ali saya juga mengalu2kan supaya Harussani, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan Ketua2 Himpun tampil untuk buat kenyataan sebagai pejuang Islam tulin. Kes ini dah berlarutan begitu lama tapi tokoh2 masih belum bersuara lagi…Amat mengecewakan……Wassalam

  5. apa apa pon kalau pemimpin umno yang buat semuanya halal belaka….maka tak hairanlah kalau isu ni tak dibincangkan panjang lebar tentang penggunaan wang zakat…saya rasa sudah tiba masanya menteri yang terlibat tampil memberi penjelasan yang munasabah mengenai kesahihan ini…kalau tak betul buat bodoh aje lah sedangkan ramai lagi rakyat malaysia yang hidup dalam serba serbi kekurangan ..kedaifan tempat tinggal, makanan, pakaian serta pendidikan yang perlu dibantu.. Jangan sampai orang yang bukan islam memandang islam itu hanya gah tinggal pada namanya sahaja..sedangkan pelaksanaan syariat diperlekehkan…hanya berkongsi idea..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s