AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

Dari: Keadilan Daily

20 Januari 2012

AMK: Portfolio agama diberi perhatian khusus kerana serangan Umno-BN

SHAH ALAM 20 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih portfolio agama dari Exco terdahulu, kata ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru, Saifullah berkata, beliau yakin keputusan itu hasil pertimbangan dan perbincangan yang mengambilkira pelbagai aspek.

Ini kerana katanya, Umno-Barisan Nasional sering menggunakan isu agama seperti isu kuil, murtad, pentauliahan dan sebagainya sebagai modal untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Setelah hampir 4 tahun kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, persoalan agama menjadi persoalan runcing yang sering menjadi perbahasan besar di kalangan pimpinan parti politik dan masyarakat akibat daripada tindakan terdesak Umno Selangor.

“Justeru adalah wajar aspek-aspek yang melibatkan portfolio agama ini diberi perhatian khusus kepada pimpinan tertinggi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baru pada 18 Januari lalu bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS ekoran tindakannya merugikan parti Islam itu.

Menteri Besar Selangor turut melakukan rombakan dengan mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan melihat perkembangan serta pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


— Keadilan Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s