Sila Pertimbang Tuntutan CUEPACS dan PR – KEADILAN


Kenyataan Media
YB Nurul Izzah Anwar

23 Februari 2012

KEADILAN GESA KERAJAAN PERTIMBANG TUNTUTAN CUEPACS DAN PAKATAN RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan.

Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini.

KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.


NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

2 thoughts on “Sila Pertimbang Tuntutan CUEPACS dan PR – KEADILAN

  1. Ya ,aku pun setuju sangat yang atas balun bukan main banyak, yang bawah ciput aje, macam aku duduk rumah sendiri haram tak dapat ITP, kena bayar balik kat depa adalah.Kebajikan haram sekali nak jaga, yang pangkat la depa jaga, yang bawah macam kami pandang sebelah pun tak mahu, depa tak tau ka hang pa tak ada (orang atas) ,orang bawah pun boleh buat keja, kalau kami(orang bawah) tak ada, hang pa boleh buat keja ka ( pegang kunci ka, jaga trafik ka atau sebagainya) tambah-tambah lagi yang keris @ kunci bersilang atas bahu tu….. fikir-fikirkan lah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s