Ahli Parlimen BN Sabak Bernam Bersalah, Dihukum Penjara 6 Tahun dan Denda


Dari Malaysikini

1 Mac 2012

MP Sabak Bernam dihukum penjara 6 tahun, denda

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri.

Wakil rakyat BN itu didapati bersalah atas lapan tuduhan berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 untuk setiap kesalahan.

NONEAbdul Rahman (foto) didapati bersalah melakukan perbuatan itu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar, empat tahun lalu, lapor Bernama.

Abdul Rahman juga dihukum penjara setahun sekiranya gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Abdul Rahman, 47, diperintah membela diri Jun tahun lepas atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, dikenakan hukuman sama iaitu penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana bersubahat dengannya untuk melakukan kesemua kesalahan itu.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan.

Azhaniz Teh kemudian membenarkan permohonan itu dan wang jaminan untuk Abdul Rahman semasa perbicaraan asal dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 manakala Rosli dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000.

Terdahulu dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, Salehuddin memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk menggunakan peruntukan Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah ke atas anak guamnya atas alasan mereka tidak mempunyai niat langsung untuk menyeleweng peruntukan yang dituntut itu.

Salehuddin berkata mungkin terdapat kesilapan teknikal dalam cara kedua-dua tertuduh menuntut bayaran bagi program dan aktiviti berkenaan dari Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.

Beliau berkata anak guamnya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa pula berkata mahkamah sepatutnya mengenakan hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh memandangkan kes yang dihadapi mereka melibatkan kepentingan awam.

Beliau berkata kedua-dua tertuduh menghasilkan resit palsu bagi tujuan membuat tuntutan bayaran bagi program yang tidak pernah dijalankan.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.


—Malaysiakini

2 thoughts on “Ahli Parlimen BN Sabak Bernam Bersalah, Dihukum Penjara 6 Tahun dan Denda

  1. Saya merasakan keputusan penghukuman ini sangatlah tidak setimpal dan adil oleh mahkamah Malaysia ini. Bagaimana pula ada perbezaan hukuman di antara bekas pemimpin tertinggi Selangor dengan ADUN ini serta ‘pembantu’nya. Lihat pula ada rakyat dari golongan marhaen telah dijatuhi hukuman sangat tidak setimpal hanya kerana mencuri beberapa ringgit malaysia sahaja! Tidak perlulah saya menyatakan di sini kerana kita semua ada membacanya di dalam media cetak kerajaan!

    Wahai pemimpin kerajaan BN, ingatlah bila kamu berlaku adil Allah akan berlaku adil juga kepada kamu tetapi sebaliknya pula akan kamu terima. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s