Najib Campur Tangan Kes Mahkamah Felda – KEADILAN


Dari Keadilan Daily

19 Mac 2012

KEADILAN dedah Najib campur tangan kes mahkamah Felda

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda.

Beliau berkata, dalam dokumen rasmi mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Felda yang diperolehinya, Datuk Seri Najib Razak, telah meminta supaya hakim dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan diberi kefahaman jelas mengenai Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

“Dokumen Mesyuarat Yang Amat Berhormt Perdana Menteri bersama Felda, bilangan 3, 2011, tarikh 27 Jun 201, tempat mesyuarat di Bilik Mesyuarat aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat 3 petang.

Butiran minit 7.9 yang menyebut ‘bagi kes melibatkan perahan minyak di mana kedua-dua kes belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’,” katanya ketika perbahasan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes penipuan KPG.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman KPG, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


—KeadilanDaily.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s