Pohon Cuti Sebagai PM Jika Mahu Kempen Untuk Umno-BN – AMK


Kenyataan Media
Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia

19 Mac 2012

AMK Mendesak PM Pohon Cuti Sekiranya Ingin Berkempen untuk UMNO/BN

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mengelirukan khasnya berkaitan dengan pihak UMNO/BN sukar untuk menyewa dewan di Selangor. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat untuk memburukkan prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor serta menjejaskan imej seorang Perdana Menteri sendiri.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Tun Razak bukan sahaja tidak menunjukkan bukti sewa dewan ditolak atau dihalang, malah cuba untuk mengaut simpati daripada pengundi bahawa UMNO/BN dibuli oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Mustahil Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa UMNO/BN boleh menganjur sebarang aktiviti di seluruh pelosok Malaysia tanpa sebarang halangan atau mengalami masalah dizalimi oleh mana-mana pihak. Namun demikian, banyak perhimpunan dan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah mengalami kacau ganggu daripada politik samseng yang ganas.

Contohnya kereta Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Anwar Ibrahim yang dilempar batu dan dirosakkan oleh sekumpulan samseng semasa beliau berucap di Johor. Naib Presiden Nurul Izzah juga nyaris-nyaris dipukul semasa berucap di Pahang serta ceramah yang dianjurkan oleh masyarakat sivil juga dicerobohi dan dihentikan oleh sekumpulan samseng. Sampai hari ini, Perdana Menteri masih mengambil sikap berdiam diri serta tidak membuat sebarang kenyataan untuk mengutuk tindakan yang tidak bertamadun dan samseng tersebut.

AMK berpendapat bahawa walaupun Perdana Menteri cuba sedaya upaya untuk merampas kuasa kerajaan negeri Selangor, tetapi beliau mesti memastikan bahawa pilihanraya yang akan datang akan dijalankan dengan bebas, adil dan bersih. Masyarakat umum telah banyak kali mendesak kerajaan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sebelum mengadakan Pilihanraya Umum ke-13. Sekiranya tidak, prinsip demokrasi sebenar tidak dapat diwujudkan malah kerajaan yang bakal dipilih juga tidak berwibawa dan tidak ada kredibiliti.

Oleh itu, AMK mendesak PM Najib Razak untuk memohon cuti jawatan Perdana Menteri sekiranya ingin berkempen untuk UMNO/BN yang sudah berlaku selama ini. Perdana Menteri telah berkempen dengan menggunakan jentera kerajaan seperti pejabat, bas, kereta dan agensi kerajaan untuk mengadakan aktiviti, memanggil kakitangan awam untuk menyokong UMNO/BN nyata sekali telah bercanggah dengan etika politik serta salahguna kuasa.

Akhir sekali, AMK menegaskan bahawa sistem demokrasi memerlukan media yang bebas untuk membenarkan ahli politik daripada kedua-dua pihak boleh menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Maka Perdana Menteri yang ikhlas, yakin diri serta komited dengan transformasi perlu membuka media arus perdana kepada pihak pembangkang untuk menyebarkan manifesto dan dasar alternative Pakatan Rakyat serta sekaligus mewujudkan masyarakat yang berlandaskan demokrasi tulen.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s