Selesai 5 Isu Baru Pilihan Raya?


Dari Malaysian Insider

23 Mac 2012

Sumber: Lima isu perlu selesai punca PRU yang dijangka Jun diperlengahkan

Oleh Jahabar Sadiq

Editor

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.

The Malaysian Insider difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) – Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).

Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.

“JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut,” menurut sumber kepada The Malaysian Insider, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.

Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.

“Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut,” menurut sumber BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.

“Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.

“Masa yang sesuai adalah bila terdapatnya keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan … kami masih lagi mengenalpasti sokongan bagaimana yang kami miliki,” katanya kepada radio berbahasa Cina 988FM pagi tadi.

Ditanya sama ada pilihan raya akan dilaksanakan pada Jun atau May, Najib berkata perkara itu ditentukan oleh keupayaan pentadbirannya untuk “menyelesaikan isu besar”. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan isu itu.

“Faktor boleh menang itu adalah masa yang sesuai untuk kami gerakkannya,” kata PM.

The Malaysian Insider pada 10 Mac lalu telah melaporkan Najib telah mengarahkan kesemua pemimpin BN untuk menyenaraikan calon mereka tapi hanya beliau yang berhak membuat kata putus daripada 13 parti komponen perikatan tersebut bagi mencapai kemenangan.

Setiap parti daripada jumlah itu biasanya akan menyerahkan senarai yang telah dipersetujui oleh pengerusi tapi Najib menegaskan untuk meletakkan “calon boleh menang” atau calon yang mampu untuk mengekalkan atau menguasai 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat – Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor.

Disamping keyakinan beliau itu, kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating beliau kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanya 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.

Namun kurang separuh daripada 1,022 pengundi di Semenanjung Malaysia berkata “mereka berpuas hati dengan kerajaan.”

Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus.

Bank Negara menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini.


—Malaysian Insider

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s