Najib Takbir Dengan Slogan-slogan Kosong – AMK


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

3 April 2012

Mentadbir negara dengan slogan kosong

Pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama tiga tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Banyak janji dan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan Umno/BN tidak tercapai malah gagal mencapai matlamat yang disasarkan. PM Najib Razak telah menjadi seorang pemimpin yang mentadbir negara dengan slogan kosong.

Najib membuat pembentangan dengan profil yang tinggi sempena pilihanraya umum ke-13 yang semakin dekat, seolah-olah mengutarakan manifesto pilihan raya Umno/BN.

Beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada Umno/BN serta tidak menukar pemandu di tengah-tengah jalan.

Kenyataan beliau sebenarnya menunjukkan bahawa Umno/BN telah mengakui kemarahan rakyat terhadap urus tadbir kerajaan yang korup dan salahguna kuasa.

Masalah yang timbul dalam politik dan ekonomi negara juga menyebabkan keinginan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan untuk selamatkan Malaysia daripada rejim yang korup dan sombong.

Pemuda PKR (AMK) menegaskan bahawa iltizam rakyat yang kuat untuk perubahan adalah satu realiti.

PM Najib Razak perlu faham bahawa rakyat telah memberi peluang kepada Umno/BN selama 54 tahun untuk menjadi pemandu yang cekap dan berkebolehan, tetapi harapan rakyat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Banyak dasar tranformasi yang dijanji oleh Umno/BN hanya menjadi slogan kosong yang tidak bermakna kepada rakyat.

Maka, AMK berpendapat bahawa masalah pokok yang dihadapi oleh negara adalah sistem yang korup dan pengurusan ekonomi yang gagal menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Negara telah berada dalam keadaan yang tenat dan bukan dapat diatasi oleh pimpinan Umno/BN yang merupakan penyebab masalah hari ini.

Di samping itu, AMK amat kesal dengan Najib yang sering kali memfitnah Pakatan akan menyebabkan negara bankrap di banyak upacara dan program kerajaan.

Mustahil beliau tidak mengetahui bahawa urus tadbir negeri Pakatan jauh lebih baik berbanding dengan negeri yang di bawah Umno/BN. Pencapaian negeri Pakatan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah diiktiraf oleh Laporan Audit Negera sejak 2008.

Oleh itu, AMK mendesak Najib agar tidak sembunyi di belakang media arus perdana untuk memfitnah Pakatan lagi. Sebagai seorang perdana menteri, Najib jangan membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap Pakatan.

Lebih baik beliau berdepan dengan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim di gelanggang debat yang akan dipengurusikan oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange dalam masa yang terdekat demi membina budaya politik demokrasi yang sihat.


Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s