PSC hanya buat ‘PR exercise’ – AMK


Dari Keadilan Daily

5 April 2012

PSC hanya buat ‘PR exercise’

KUALA LUMPUR 5 April: Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk Pembaikan Pilihan Raya dikhuatiri sekadar melakukan gubahan imej (PR exercise) sekiranya cadangan-cadangan yang diluluskan di Parlimen tidak dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin sewaktu membidas kenyataan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang mendakwa kononnya PSC sudah melaksanakan tujuh daripada lapan tuntutan Bersih.

“Pembersihan senarai pengundi itu adalah perkara teras yang dituntut Bersih,” katanya.

P Kamalanathan semalam mendakwa tujuh daripada lapan tuntutan Bersih dimasukkan dalam 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya di Parlimen.

Shamsul bagaimana pun berkata, sehingga kini PSC masih tidak mengambil langkah yang jelas untuk mengatasi masalah pokok dalam kepincangan sistem pilihan raya Malaysia iaitu daftar pemilih yang meragukan itu.

PSC juga dilihat seolah-olah mempermainkan suara rakyat yang disampaikan menerusi himpunan Bersih 2 pada 9 Julai lalu, katanya.

“PSC seolah-olah melakukan ‘PR exercise’ untuk tunjukkan (kononnya) ada perubahan tetapi perubahan sebenar tidak dilakukan. Adakah semua cadangan PSC akan dilakukan menjelang pilihan raya umum ke-13?

“Duit rakyat dibazirkan dengan pendengaran awam dan juga lawatan ke luar negara (yang dibuat PSC),” katanya.

Beliau turut kesal dengan beberapa kenyataan pimpinan tertinggi SPR sendiri yang membayangkan perubahan-perubahan yang dicadangkan PSC mungkin tidak sempat dilaksanakan sebelum pilihan raya akan datang.

“Adakah semua cadangan PSC akan sekadar menjadi momokan dan omongan kosong sahaja? Suara rakyat tidak didengar dan dipermainkan,” katanya.


— Keadilan Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s