AMK Bantu Individu Yang Dikehendaki Polis Ketika Bersih 3.0


Dari Harakahdaily

7 Mei 2012

AMK buka talian bantu mangsa ‘dikehendaki’ polis

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mewujudkan talian bantuan kepada individu yang gambarnya telah tersiar di media-media arus perdana sebagai yang dikehendaki pihak polis ekoran himpunan Bersi 3.0 baru-baru ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata talian bantuan itu adalah bagi membantu mangsa-mangsa tersebut dari sudut khidmat nasihat perundangan.

“Talian ini diwujudkan bagi memberi bantuan kepada mereka dari bentuk khidmat nasihat perundangan sebelum mereka diminta hadir ke balai polis.

“Kita harap dengan talian ini akan memberikan satu keyakinan kepada mereka agar tidak berasa takut untuk satu kebenaran,” jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini.

Dalam pada itu, Shamsul turut menyatakan pihak polis tidak sepatutnya menyiarkan gambar-gambar tersebut kerana mereka sendiri belum pasti apa kesalahan yang dilakukan.

“Saya mendesak pihak polis memaklumkan kepada rakyat apakah kesalahan mereka sehinggakan gambar mereka disiarkan.

“Ketua Polis Negara perlu menyatakan kesalahan mereka terlebih dahulu dan kita tidak mahu ia hanya sebagai umpan untuk pihak polis membuat tangkapan,” kata beliau lagi.

Mana-mana individu yang mahu mendapatkan bantuan perundangan boleh menghubungi AMK di talian 0126541415 atau email amkbersih428@gmail.com.

Mengulas dakwaan kononnya Bersih 3.0 bertujuan mengguling kerajaan, beliau berkata dasar Pakatan Rakyat jelas iaitu membuat perubahan melaui pilihanraya yang adil serta telus bukan cara pengulingan melalui himpunan.

“Prinsip dan dasar kita amat jelas, perubahan kerajaan dilakukan melalui pilihanraya dan sistem demokrasi bukannya cara yang difitnah oleh Umno-Barisan Nasional.

“Sebab itu bila sebut pilihanraya, kita selari dengan apa yang dituntut oleh Bersih yang mahukan pilihanraya adil serta telus, jadi bila bersama kita mahu tuntut pilihanraya yang adil serta telus bukan cara pengulingan,” sambung beliau lagi.


— Harakahdaily

________________

Dari Malaysian Insider

PKR sedia bantu individu buruan polis semasa Bersih 3.0

PETALING JAYA, 6 Mei — Ekoran tindakan pihak polis mengedarkan gambar 91 individu yang dikaitkan dengan keganasan sewaktu perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu, PKR hari ini bersedia memberikan bantuan guaman kepada kumpulan individu tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pihaknya telah sebulat suara untuk menyelaraskan kumpulan tersebut yang mana gambar mereka telah disebarkan media secara meluas, dan pihaknya juga menuntut pihak polis menyatakan kesalahan yang dilakukan kesemua individu terbabit.

“Dalam mesyuarat AMK hari ini, kami bersetuju untuk menyelaraskan mereka yang dikeluarkan muka di media, yang mana gambar mereka telah dipaparkan dan menyediakan khidmat guaman kepada mereka ini.

“Kami angkatan muda PKR juga mendesak pihak polis untuk memaklumkan kepada rakyat kesalahan yang telah dilakukan kumpulan ini dan nyatakan secara terperinci peruntukan perundangan yang telah dilanggar mereka,” katanya merujuk kepada tindakan perusuh merobohkan halangan polis di Dataran Merdeka sewaktu perhimpunan tersebut.

Shamsul (gambar) juga menjelaskan, pihaknya yakin kesemua 91 individu tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jelaskan undang-undang mana yang menyatakan melanggar halangan di dataran itu satu kesalahan.”

Polis telah mengedarkan gambar individu yang menjadi buruan kerana dipercayai menjadi dalang keganasan sewaktu perhimpunan Bersih 28 April lalu, namun tiada satu daripada mereka merupakan anggota polis.

Media antarabangsa melaporkan demonstrasi Bersih telah mencalarkan imej negara apabila polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perusuh.

Sehubungan itu, Shamsul menggesa kesemua individu terbabit supaya tampil memberikan kenyataan kepada pihaknya melalui alamat emel amkbersih428@gmail.com, atau boleh berhubung terus dengan AMK PKR di talian: 0126541415.

Perhimpunan Bersih 3.0 telah bertukar ganas apabila kumpulan perusuh mula merobohkan halangan yang dibina pihak berkuasa di sekeliling kawasan dataran bersejarah tersebut.

Pihak polis kemudiannya mula melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh bagi menyuraikan keadaan.

Penganjur perhimpunan itu tetap mempertahankan tindakan mermeka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih akibat daripada kegagalan kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan perhimpunan Bersih 3.0 itu adalah satu cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan menurutnya, penganjur juga bercadang untuk menduduki kawasan dataran bagi tujuan tersebut seperti mana insiden di Dataran Tahrir di Mesir.


— Malaysian Insider

_________________________

Dari Malaysiakini

AMK mahu bantu 91 individu dicari polis

Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menyediakan bantuan kepada 91 individu dikehendaki polis berhubung perhimpunan 28 April.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pegerakan itu akan memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat sebelum individu berkenaan tampil ke balai polis.

“Saya lihat, tiada lagi yang menawarkan perkhidmatan kepada individu-individu yang gambar mereka dipaparkan.

“Jadi AMK akan membantu mereka. Cuma saya nak desak PDRM, agar memaklumkan pada rakyat apa kesalahan mereka ini sehingga gambar mereka dikeluarkan secara meluas oleh media,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Semalam, sebanyak 42 gambar individu yang dikehendaki polis itu dikeluarkan.

Sehubungan itu, Shamsul berkata, AMK juga akan turut mengumpul maklumat individu yang dikehendaki itu untuk diserahkan kepada peguamnya.

“Kita akan kumpulkan maklumat-maklumat mereka ini dan serah kepada kawan-kawan peguam PKR, Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty,” katanya lagi.

Beliau menyeru individu berkenaan supaya menghubungi AMK melalui talian 012-6541415 atau e-mel kepada amkbersih428@gmail.com.


— Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s