Mansuh Tol Untuk Meringankan Beban dan Perjuang Hak Rakyat – Ketua AMK


Dari: Sinar Harian

14 Mei 2012

AMK: Tuntut mansuh tol bukan modal PRU13

SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuntutan agar dimansuhkan kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, melibatkan laluan Lebuh Raya Persekutuan di sini, bukan modal politik meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

“Kami buat tuntutan ini adalah semata-mata untuk meringankan beban rakyat dan memperjuangkan hak rakyat,” kata beliau selepas menyertai demonstrasi yang diadakan di hadapan Plaza Tol Batu Tiga anjuran AMK Selangor, bagi menuntut pemansuhan kutipan Batu Tiga dan Sungai Rasau.

“Sudah lebih 18 tahun, sejak 1994 rakyat terpaksa menanggung beban membayar tol, bohong kalau kerajaan masih memerlukan tol untuk menampung kos pembinaan lebuh raya ini,” kata Shamsul Iskandar lagi.

Sempena demonstrasi hari ini, Ketua AMK itu menyerahkan pelekat kenderaan “Hapuskan tol demi rakyat” kepada kenderaan yang melalui Plaza Tol Batu Tiga.

Dalam pada itu, Ketua AMK Selangor, Azmizan Zaman Huri berkata, “sesiapa yang akan mansuhkan tol akan diberi undi oleh golongan muda, yang boleh meringankan beban mereka.”

“Saya juga akan bagi tarikh kepada kedua-dua parti iaitu pembangkang dan kerajaan untuk mengumumkan pemansuhan tol di dua kawasan tersebut pada masa terdekat,” katanya kepada media petang ini.

Tinjauan menunjukkan usaha itu mendapat sokongan pemandu-pemandu kenderaan yang melalui plaza tol tersebut.


— Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s