Pertahan Hak Golongan Pendidik, Selamat Hari Guru! – AMK


Kenyataan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

16 Mei 2012

AMK tekad pertahan hak golongan pendidik

Setiap tahun pada 16 Mei adalah hari bersejarah untuk para guru. Di kesempatan ini, Angkatan Muda KEADILAN ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas segala bakti dan usaha yang para guru telah sumbangkan.

Namun begitu budi dan segala tunjuk ajar para guru dan pendidik ini tidak boleh kita perlekehkan. Kita dibimbing mengenali Alif hingga Ya, A hingga Z dan dari sekecil angka 0 hingalah kiraan berjuta.

AMK melihat para guru dan pendidik ini adalah simbol keperibadian bangsa yang amat bernilai. Justeru hari ini adalah hari yang perlu kita raikan agar pengorbanan guru selama ini yang membentuk budaya dan masyarakat sosial dapat kita kongsi bersama.

Semoga guru-guru terus tabah dalam menerusi perjuangan mendidik anak bangsa seterusnya memartabatkan mutu pendidikan negara.

Dalam mendepani era kemajuan dan teknologi, AMK yakin dan percaya bahawa golongan guru-guru ini sudah bersedia mengekori perubahan dan peredaran zaman.

Selari dengan perkembangan sosial dan ekonomi. Maka adalah tidak menjadi satu permasalahan kiranya para guru ini sering melontarkan pandangan dan pendapat mereka mengenai isu-isu yang melingkari negara yang kita cintai. Kerana mereka ini insan berilmu, sudah tentulah pandangan mereka ini punyai asas dan teori yang boleh rakyat pertimbangkan dan nilai.

Oleh yang demikian, bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kami adalah pewaris muda kepimpinan negara dan kami bertekad akan pertahankan hak para guru untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa sesuai dengan keupayaan mereka mendidik anak-anak bangsa. Ayuh anak muda! Sayangilah Guru Kita.

Selamat hari guru!


Julailey Jemadi
Setiausaha
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s