AMK kecam cadangan kerajaan menubuh Majlis Peguam Alternatif


Kenyataan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

17 Mei 2012

AMK kecam cadangan kerajaan menubuh Majlis Peguam Alternatif

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengecam cadangan kerajaan untuk menubuh Akademi Undang-undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam Malaysia serta bercanggah dengan prinsip serta bidang kuasa yang jelas termaktub dalam Akta Profession Undang-undang 1976.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkeras untuk menghidupkan kembali “Rang Undang-undang Akademi Undang-undang 2002” yang sebenarnya telah dua kali diketepikan telah mengakibatkan duluan yang buruk kepada sistem demokrasi. Tindakan unilateral tersebut telah menunjukkan kerajaan UMNBO/BN tidak berupaya untuk menangani perbezaan pendapat yang ada di kalangan masyarakat sivil.

Sejak Majlis Peguam Malaysia mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan meluluskan usul tergempar yang mengutuk keganasan polis dalam menangani Himpunan Bersih 3.0, kerajaan UMNO/BN telah mempunyai buruk sangka terhadap Majlis Peguam serta melabelkannya sebagai parti pembangkang.

Sementara Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang, beliau juga menjelaskan bahawa penubuhan akademi adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan peguam.

Kenyataan beliau adalah memutar-belitkan konsep kebebasan berpersatuan serta mengelirukan masyarakat umum terhadap peranan Majlis Peguam Malaysia yang kritis dalam isu penyelewengan salahguna kuasa kerajaan.

Bukankah Perdana Menteri Najib Razak berulang kali menegaskan bahawa rakyat boleh menyampaikan bantahan atau sokongan melalui undi dalam sistem demokrasi yang ada sekarang? Mengapakah sebuah badan profesional yang mengadakan mesyuarat agung luar biasa melalui proses demokrasi pula dilihat sebagai parti pembangkang?

Apakah kerajaan UMNO/BN hanya membenarkan badan profesional seperti Majlis Peguam Malaysia untuk menyokong kerajaan sahaja? Adakah Majlis Peguam berbuta dan berbisu terhadap penyelewengan dan salahguna kuasa yang ada pada kerajaan dan polis?

AMK berpendapat bahawa cara kerajaan UMNO/BN dalam menangani pandangan yang berbeza amat ketinggalan zaman dan tidak matang. Apakah kerajaan hanya berupaya untuk menubuhkan badan alternatif untuk mengganti badan yang kritikal terhadap polisi kerajaan?

Dengan merujuk kepada respon regresif serta tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh kerajaan dan polis terhadap Majlis Peguam, UMNO/BN tidak faham konsep pembahagian kuasa dan semangat profesionalisme. Kerajaan juga dilihat jahil terhadap kuasa pemantauan daripada masyarakat sivil di bawah sistem demokrasi yang ada.

Oleh itu, AMK membantah sekeras-kerasnya terhadap sebarang cubaan kerajaan untuk menubuh Akademi Undang-undang. Sekiranya kerajaan berkeras dengan cadangan tersebut, maka ia hanya menipu sendiri dan tidak berupaya untuk menyelamat kredibiliti kerajaan yang kian hari kian runtuh.

AMK menyeru PM Najib Razak untuk menunaikan janji Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan mendengari suara rakyat dengan hati terbuka. Tibalah masa untuk menamatkan era kerajaan autokratik yang seolah-olah mengetahui segala-galanya.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s