Terkini: Kes Rayuan Fitnah 2 Tangguh

Mahkamah setuju tangguh rayuan Liwat II

Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos.

Anwar tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi tadi bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR. Turut hadir pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Selepas setahun setengah, Anwar hari ini kembali ke mahkamah ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam kes yang mendapat perhatian meluas itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

—Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s