Dialog Nasional: Tidak Perlu Ragu – AMK

AMK: Tak perlu musykil dengan dialog nasional

Angkatan Muda PKR (AMK) menyokong usaha ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang untuk mengadakan dialog dengan kerajaan bagi membincangkan isu nasional secara “terbuka dan tidak berselindung”.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan cadangan Anwar yang juga ketua pembangkang sebagai satu yang “positif dan tidak perlu dimusykilkan” kerana ia dilakukan atas kapasiti kerajaan dan pembangkang.

“Dengan realiti keputusan pilihan raya umum ke-13 menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat jumlah undi majoriti berbanding BN adalah wajar pihak kerajaan persekutuan memberi lebih perhatian kepada isu yang ingin dibawakan oleh pihak pembangkang.

“Melalui dialog nasional ini juga, jelas bahawa pembangkang tidak menunjukkan bahawa perhimpunan aman adalah cara tunggal yang sering digunakan seperti mana yang didakwa oleh pihak kerajaan,” katanya.

Shamsul mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang menimbulkan keraguan berhubung usaha Anwar untuk berdialog dengan kerajaan.

Dalam kenyataannya hari ini, Shamsul berkata meskipun terdapat pertikaian dalam beberapa isu tertentu termasuk perjalanan pilihan raya, kepentingan nasional mesti dijadikan sebagai keutamaan kepada semua pihak.

MP Bukit Katil itu berkata, dialog berkenaan perlu diadakan segera bagi mencari penyelesaian tuntas dan demokratik dalam kemelut politik, ekonomi dan sosial negara.

“Adalah jelas, dialog nasional ini merupakan ujian penting sama ada seorang ahli politik itu hanya mahu sekadar menjadi pemimpin biasa atau negarawan tulen,” katanya.

Shamsul turut mencadangkan agar dialog itu diperluaskan dengan menjemput pembangkang di negeri dikuasai BN untuk menyampaikan pandangan.

Kaedah tersebut boleh mencontohi langkah kerajaan Selangor yang mendapatkan pandangan pembangkang dalam siri jelajah belanjawan di setiap daerah, katanya.

“AMK percaya, bukan sahaja dialog antara kerajaan dan pembangkang perlu dibuat, malah dialog antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri juga mesti diadakan memandangkan terdapat sejumlah pertikaian tentang had bidang kuasa serta kepentingan negeri yang diambil,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s