PM perlu jawab isu ejen CIA – Shamsul Iskandar

PM perlu jawab isu ejen CIA – Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan Negara.

Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing,” soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.

-Malaysia Harmoni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s