Aliran Wang Haram Tiada Kaitan Dengan GST – Ketua Pembangkang

KENYATAAN MEDIA

18 DISEMBER 2013

ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST

Laporan Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh.

Kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional. Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20% atau 50% dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara.

Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah “trade mispricing”.

Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport.

Masalah “trade mispricing” selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil.

Alasan yang menggunakan masalah aliran wang haram ini untuk mengiyakan pelaksanaan GST menunjukkan bagaimana Barisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST. Ia juga bermakna Barisan Nasional tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah aliran wang haram.

Oleh itu, saya percaya KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST terutamanya dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan utama dinaikkan berturut-turut.

Saya dan pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Dato’ Seri Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang akan melancarkan kempen anti GST yang bertemakan #fahamGSTtolakGSTdi Kelab Sultan Sulaiman pada 20 Disember 2013 (Jumaat ini) bermula jam 830 malam. Kempen ini kemudian akan dibawa ke negeri-negeri di seluruh negara dan fasa pertama yang melibatkan penerangan mengenai GST dijangka tamat menjelang Mac 2014.

Selain itu, pimpinan-pimpinan KEADILAN telah diarahkan untuk mengendalikan taklimat mengenai GST di kawasan masing-masing. Malam ini, satu taklimat #fahamGSTtolakGSTakan diadakan di Auditorium MPAJ jam 830 malam yang memberikan kursus GST percuma kepada orang ramai.

Saya percaya pelaksanaan GST pada tahun 2015 masih boleh dihentikan sekiranya rakyat sehaluan bersama-sama menentangnya.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s