Anak Rosmah Menabung Sejak Kecil? – YB @shamsuliskandar

Apakah anak Rosmah pun ‘menabung dari kecil’? – Shamsul

KUALA LUMPUR 3 JAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mempersoalkan dari mana anak Datin Seri Rosmah Mansor memperolehi kekayaan luar biasa.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber kekayaan Riza Shahriz Abdul Aziz, hingga mampu memiliki kondominium mewah berharga RM110 juta di New York.

“SPRM perlu bertindak kerana isu ini berkaitan keluarga seorang Perdana Menteri, orang yang bertanggungjawab mengurus kekayaan negara,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, banyak laporan dibuat kepada SPRM berhubung kekayaan melampau Rosmah, namun tidak diambil tindakan, termasuk isu pembelian cincin berharga RM24 juta.

“Bermula dengan isu cincin, dan sebelum ini kecoh di Parlimen mengenai isteri perdana menteri menggunakan jet ke Qatar, tetapi tiada tindakan yang diambil SPRM.

“Sekarang anaknya pula berbelanja secara melampau sama macam emaknya (Rosmah). Saya tak tahulah kalau anaknya juga menabung sama macam emaknya,” ujar Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.

Sebelum ini, portal Sarawak Report mendedahkan Riza Shahriz membeli satu unit kondo berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York, pada 19 November lalu.

Riza merupakan anak sulung kepada Rosmah daripada perkahwinan pertama dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak.

Justeru kata Shamsul, KEADILAN mendesak SPRM melakukan tindakan lebih serius dengan menyiasat sumber kewangan Riza Shahriz dan sama ada berlaku salahgunakuasa membabitkan Rosmah Mansor.

“Saya cabar SPRM untuk bertindak, sekurang-kurangnya melakukan tindakan awal dengan mengambil keterangan daripada Riza Shah,” katanya.

— Keadilan Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s