‘Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh’ – YB @shamsuliskandar

‘Keputusan mahkamah bukti akta himpunan harus dimansuh’

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat lalu melepaskan beberapa pimpinan utama PKR membuktikan Akta Perhimpunan Aman patut dimansuhkan.

Mahkamah melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan empat yang lain dari dakwaan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bache mengangkat penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini yang berkata perintah majistret melarang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tidak sah.

“Justeru, saya menuntut supaya pihak kerajaan mengambil memansuhkan akta ini dan menghormati keputusan mahkamah yang secara jelas membuat penghakiman berdasarkan prinsip keadilan dan kebebasan.

“Kerajaan perlu bertindak memulihkan semula demokrasi dan menjamin hak kebebasan berhimpun selaras dengan Perkara 10 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil berkata keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) kelak kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpandangan bahawa pihak mahkamah secara tidak langsung cenderung mengambil pendirian menolak penggunaan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA2011) yang sememangnya diketahui bersifat antikebebasan dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk bebas berhimpun.

“Keputusan mahkamah ini akan menjadi duluan bagi kes-kes susulan yang berkait dengan APA2011 dan semestinya menjadi tamparan hebat buat kerajaan Umno-BN yang sebelum ini begitu bersungguh-sungguh untuk meluluskan akta ini meski pun dengan tidak melalui proses yang betul dan pada masa sama mengenepikan bantahan wakil-wakil Pakatan Rakyat di Parlimen,” kata beliau.

‘Polis tak sensitif pada tuntutan perlembagaan’

Pada masa sama, Shamsul turut menyanggah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa bahawa tiada demonstrasi yang boleh berlangsung dalam keadaan aman di negara ini.

“Kenyataan beliau menggambarkan beliau tidak sensitif terhadap tuntutan Perlembagaan yang telah digubal oleh para pendiri kemerdekaan.

“Beliau sewajarnya tahu bahawa perhimpunan dan demonstrasi aman sebegini adalah sebahagian daripada proses mendapatkan kemerdekaan seumpama demonstrasi bagi membantah Malayan Union,” kata beliau.

—Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s