MP Bukit Katil dan ADUN Bukit Baru Kekal

Mahkamah p’raya tolak petisyen Ali Rustam

Mahkamah Pilihan Raya di Melaka menolak dengan kos petisyen yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dimenangi masing-masing oleh PKR dan PAS.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan calon BN bagi kawasan Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Bukit Baru Karim Yaacob tidak mengandungi butir-butir fakta yang lengkap termasuk identiti, masa dan tarikh salah laku yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas.

Beliau turut memerintahkan Mohd Ali dan Karim membayar kos sebanyak RM60,000 iaitu masing-masing RM15,000 kepada anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dan Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim dari PAS serta masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga yang terdiri daripada pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Terdahulu, peguam Yusof Rahmat memohon mahkamah menetapkan kos masing-masing sebanyak RM50,000 dengan alasan responden terpaksa meninggalkan tugas selaku anggota Parlimen dan Adun untuk hadir ke mahkamah dan membantu dalam kes berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah yang mewakili Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya pula memohon mahkamah menetapkan kos sebanyak RM60,000 kerana pihaknya terpaksa memerah masa dan tenaga bagi kes itu.

Bagaimanapun, peguam Rosfinah Rahmat yang mewakili pempetisyen memohon mahkamah mengurangkan jumlah kos berkenaan dengan alasan pihaknya turut bekerja keras bagi memfailkan petisyen itu kerana merasakan terdapat salah laku yang berlaku ketika proses pilihan raya.

“Pihak pempetisyen tidak mengadakan demonstrasi jalanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya sebaliknya menerusi mahkamah,” katanya.

Pada PRU13, Mohd Ali tewas kepada Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi manakala Karim yang juga Ketua Pemuda BN Melaka kalah tipis dengan majoriti 48 undi kepada Khalid.

– Bernama

Sekitar Perbicaraan Petisyen Perlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru.

20130822_124516

Assalammualaikum dan salam perjuangan,

Perbicaraan Bantahan Awal Petisyen Pilihanraya YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil dan YB Dr Khalid Kasim, ADUN Bukit Baru.

Kes ditetapkan untuk keputusan bantahan awal pada 5 September 2013.

Kehadiran Peguam Datuk Hafarizam mewakili Dato’ Seri Mohd Ali Rustam telah dibantah memandangkan ianya bertentangan dengan peraturan-peraturan pilihanraya di mana telah dibenarkan oleh YA Hakim Hui.

Di dalam gambar: dari kiri; YB Dr Khalid Kasim (ADUN Bukit Baru), YB Khoo Poay Tiong, (ADUN Ayer Keroh), YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Peguam Tuan Haji Yusof Rahmat.

Terima kasih.

— Team Komunikasi & Media Sosial Ahli Parlimen Bukit Katil

Keputusan Bantahan Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru pada 5 September 2013.

The Election Court here today set Sept 5 to decide on preliminary objections by respondents in the petitions for the Bukit Katil and Bukit Baru seats which were won by PKR and PAS in the 13th general election.

Judge Datuk Hue Siew Kheng made the decision after hearing the oral and written submissions by the respondents concerned.

The respondents are Bukit Katil MP Shamsul Iskandar Mohd Akin, of PKR, Bukit Baru assemblyman Dr Md Khalid Kassim, from PAS, returning officer Rusnani Latif and the Election Commission (EC).

The petitioners were former Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Karim Yaacob, from Barisan Nasional (BN). The filed the petitions on June 11 this year seeking to nullify the 13th general election results for the Bukit Katil and Bukit Baru seats.

In their submission, Shamsul Iskandar and Md Khalid, represented by lawyers Yusof Rahmat and Zulkhairi Ab Aziz, said the alleged misconduct during the general election as claimed by the respondents were “trap” as there was no mention of any names and time, but only the place where it was alleged to have been committed.

However, Mohd Ali and Karim, represented by lawyers Rosfinah Rahmat and Mohd Adli Ithnin, contended that they were matters of evidence which needed not to be submitted during the preliminary objection stage.

Meanwhile, Rusnani and the EC, represented by senior federal counsel Effandi Nazila Abdullah and M Kogilambigai, said they were not involved in the grounds submitted in the petition.

In the 13th general election, Mohd Ali, who was the BN candidate for the Bukit Katil parliamentary seat, lost to Shamsul Iskandar with a 5,447-vote majority, while Karim, the Melaka BN Youth leader, lost with a slim majority of 48 votes to Khalid for the Bukit Baru state seat. – Bernama, August 22, 2013.

Ali Rustam Kalah Kerana gagal Urus Melaka – MP Bukit Katil

Ali Rustam kalah kerana gagal urus Melaka – Shamsul

Post Pic
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Rmum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka itu menguruskan kewangan kerajaan negeri dengan telus dan baik.
Selain itu beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda yang inginkan perubahan.
“Terkejutkan? Saya fikir rakyat di Melaka khsusnya di Bukti Katil telah mebuat keputusan untuk melakukan perubahan sebab itu lawan saya Ketua Umno Bahagian Bukit Katil bahkan bukan itu sahaja beliau merupakan ketua menteri Melaka sejak 13 tahun lalu, pengerusi Umno negeri.
“Oleh kerana saya yakin rakyat melihat perlu ada perubahan di atas isu-isu yang sering kita bangkitkan seperti pembaziran yang berlaku dalam perbelanjaan yang membabitkan wang negeri.
“Selain itu prestasi beliau ketika menguruskan negeri Melaka itu menyebabkan pengundi Bukti Katil merasakan sudah tiba masa untuk berubah,” katanya dalam temubual bersama Antarapos baru-baru ini.
Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.
Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas  kepada dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang
Tambah wakil rakyat baru ini, kerja-kerja awal di Parlimen Bukit Katil antara penyumbang kemenangan beliau di kawasan tersebut.
“Dan kebetulan saya telah membuat kerja-kerja awal di situ seja tiga tahun lalu jadi ini tentu menyumbang kepada faktor keyakinan
“…di mana rakyat itu yakin bahawa wakil rakyat baru itu boleh dipilih untuk memimpin, mengendalikan atau menjadi suara rakyat Bukit Katil,” katanya.

—Antarapos