SAMM Terbit Buku Kecil ‘Hidupkan’ Misteri Pembunuhan Altantuya

The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Feb 8 — Buku berjudul “Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya” — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.

Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal.

Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.
Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.

“Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit,” kata beliau.

Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam.

Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.

Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.

Ia dijual dengan harga RM13 senaskhah.

“Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal,” kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.

Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan.

Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.

“Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku… sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR,” katanya.

Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, “ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri”.

Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che’guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.

“Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara.

“Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.

“Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu…,” kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa.

Pejabat Ketua AMK

Penjelasan Fitnah 2.0

Pejabat Ketua AMK

Boikot Utusan, Tolak Fitnah 2.0 !

www.tvselangor.com
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan ramai pihak kerana rela diperalatkan pemerintah untuk mencemar maruah mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin menyeru rakyat Malaysia untuk sekali-lagi bangun mengajar lidah nakal pemerintah ini dengan memboikot akhbar itu sepertimana 10 tahun lalu.
Mengulas mengenai laporan Utusan yang sengaja menggunakan perkataan ‘lagi’ dalam laporan muka depan ini Shamsul berkata Utusan nyata tidak bertanggungjawab walhal penggunaan perkataan itu digugurkan oleh hakim kerana tidak betul.

Apa yang jelas ujar Shamsul, ialah Utusan Malaysia sekali lagi sanggup memfitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin di mata rakyat.

“ Tapi kita lihat apa yang dilapor dalam Utusan Malaysia, dibesar-besarkan, ini diliwat lagi, berulang kali kerana mereka ingin menunjukkan kepada masyarakat awam, Anwar Ibrahim ini perangainya begini. Walaupun dalam mahkamah perkara ini telah dibatalkan” ujarnya kepada Tv Selangor.

Walaupun ada pihak yang telah membuat laporan polis terhadap Utusan Shamsul berkata cara terbaik untuk rakyat bertindak balas ialah memulau akhbar itu dan syarikat-syarikat yang menempatkan iklan dalam Utusan,

“ Pada saya, saya tidak risau. Saya lihat mood rakyat, mereka sudah muak dengan Utusan Malaysia. Saya hendak beritahu secara langsung pada hari ini, mulai sekarang seluruh rakyat mesti berhenti membeli Utusan Malaysia dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, kita mesti mula memboikot iklan-iklan dari syarikat-syarikat yang mereka iklankan dalam surat khabar Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia tidak lagi menjadi wadah penyebar maklumat pemikiran rakyat, ia menjadi wadah yang membuatkan rakyat tidak boleh berfikir”.

Pejabat Ketua AMK

AMK Beri Amaran Sejarah Akan Berulang !

www.tvselangor.com
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Hentikan Fitnah 2 !

Sejarah bakal berulang jika Umno-BN tidak mengambil iktibar dari kebangkitan rakyat 1998. Tanggapan itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin mengulas perbicaraan konspirasi dua yang dihadapi pemimpin reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan perbicaraan sama 10 tahun lalu menyaksikan gagasan pembangkang, atau Barisan Alternatif, berjaya membongkar kubu-kubu utama Umno-BN dalam pilihanraya 1999. Shamsul tidak menolak konspirasi ini akan memakan tuan, seraya mengajak kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sependapat dengan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

“ Kes Anwar Ibrahim ini sekali lagi mampu memecahkan kita panggil kemelut, isu medianya, kemelut isu kehakimannya, kemelut isu pilihan rayanya, dan ini akan memberi ruang gelombang kedua kebangkitan rakyat dan saya mahu kita mencuri peluang ini dan memberitahu signal yang kuat kepada Najib, you have make a wrong decision, jika kamu meneruskan kes Anwar Ibrahim ini. Saya yakin ini belum terlambat kalau mereka betul-betul yakin ini satu keputusan yang salah, saya mahu Najib fikir semula, masih belum terlambat” ujar Yusmadi.

Dalam pada itu Shamsul melahirkan keyakinan bahawa rakyat semakin kritikal dengan tindak-tanduk pemerintah mutakhir ini. Apa yang jelas, kata Shamsul, nafas reformasi merentasi generasi 1998 hingga ke hari ini, dan menambah masyarakat makin peka dengan apa juga kecurigaan yang berbangkit sepanjang perbicaraan ini, terutamanya di ruang maya.

“ Apa perkara yang mereka belajar waktu itu, apa pengalaman yang boleh kita kongsi, mereka berkata ada elemen yang disebut unintended consequences, sesuatu tindak balas yang kita tidak jangka, yang ini yang membantu proses kebangkitan rakyat itu. Apabila isteri-isteri tentera misalnya dari konteks kebangkitan rakyat di Filipina, tidak lagi pergi mengundi tetapi keluar bersama-sama rakyat di jalan raya. Itu mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO-Barisan Nasional” katanya.

Pejabat Ketua AMK

Himpunan rakyat tolak fitnah 2

HIMPUNAN GERAKAN REFORMASI 1998

Tolak Fitnah 2, Ayoh Rakyat Selamatkan Malaysia

Ahad, 7hb feb 2009
di Pejabat Keadilan Merchant Square, Damansara.
Diundang: semua reformis 1998-2010
Dataran merdeka, Masjid negara/jamek/kg baru, Jln Kebun/Kesas
Yg kena tear gas, air kimia, ISA, Lokap, webmaster & semua penyokong dan kawan2
SEBARKAN.. Kita hidupkan kembali REFORMASI!

Pejabat Ketua AMK

Rumusan prosiding perbicaraan Fitnah 2.0 Anwar Ibrahim hari ini 4/2/2010

Hentikan Fitnah Selamatkan Malaysia


Himpunan rakyat dan pimpinan Pakatan

Perbicaraan masih lagi berkisar pada keterangan Saiful Bukhari selaku saksi pendakwaan pertama.

1. Terdahulu, Karpal Singh memohon Mahkamah untuk mensabitkan Utusan Malaysia atas kesalahan menghina mahkamah berikutan penggunaan tajuk “Saya tidak rela diliwat lagi”, di mana perkataan “lagi” itu sama sekali tidak berbangkit dalam perbicaraan semalam.

2. Hakim Zabidin terpaksa mengambil masa 5 minit (menelefon seseorang mungkin?) untuk membuat keputusan.Sebagaimana dijangka, keputusan kurang cerdik telah diputuskan, dimana Utusan tidak melakukan kesalahan tersebut di dalam kamar mahkamah, justeru ia bukan satu bentuk penghinaan.

3. Mahkamah telah dipertontonkan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan pergerakan seorang individu menaiki lif ke aras 5 dan menaiki lif yang sama meninggalkan aras tersebut.Saiful mengakui individu tersebut adalah beliau.

4. Saiful ditunjukkan dengan beberapa keping gambar, dan Saiful mengesahkan itulah beliau yang sedang bergerak keluar daripada kondominium berkenaan.
Pertikaian: gambar ini antara bukti yang tidak dibenarkan mahkamah untuk diberi kepada DSAI dan pasukan pembelaannya. Justeru potensi bahawa gambar ini dimanipulasi sangat besar kerana kesahihannya hanya diketahui oleh pasukan pendakwa.

5. Saiful sewaktu ditanya Yusuf mengapa beliau menemui doktor, menjawab yang dia menemui doktor berkenaan dia telah diliwat. Saiful mengaku bahawa dua hari selepas kejadian berkenaan barulah dia mengambil keputusan untuk menemui doktor.
Pertikaian: dalam ilmu Biologi, air mani hanya boleh bertahan selama 24jam sahaja.

6. Doktor Mohamed Osman masuk ke dalam kamar mahkamah, dan Saiful menyatakan bahawa dia mengenai doktor tersebut sebagai ‘Doktor Pusrawi’.

7. Saiful mendedahkan, sewaktu pemeriksaan dibuat, doktor tersebut telah memasukkan sesuatu ke dalam dubur beliau. Dan pada ketika itu dia memaklumkan yang dia telah diliwat.Doktor berkenaan telah memberhentikan pemeriksaan serta merta.
Pertikaian: Laporan Doktor Mohamed Osman yang telah tersebar luas di internet jelas menunjukkan bahawa dubur Saiful adalah suci daripada sebarang tusukan.

8. Doktor tersebut telah menasihatkan Saiful untuk membuat pemeriksaan tersebut di hospital kerajaan, dan Saiful menuruti nasihat doktor tersebut.

9. Saiful kemudian beralih ke Hospital Besar KL (HKL). Di sana beliau bertemu dengan seorang ‘doktor India’.

10. Saiful mendakwa beliau telah membuat laporan polis di Pondok Polis HKL. polis membawakan borang repot kepada dia selepas dia memaklumkan yang dia telah diliwat. Saiful memaklumkan bahawa DSAP Jude Perriera adalah Pegawai Penyiasat bagi kes beliau.

11. Apabila memaklumkan kepada doktor di HKP bahawa dia telah diliwat,Saiful terus dibawa ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Selepas sejam, seorang doktor datang untuk membuat pemeriksaan tekanan darahnya. Selepas setengah jam, seorang doktor datang dan memaklumkan yang Saiful perlu membuat laporan polis sekiranya dia mahu diperiksa atas kes liwat.

12. Selepas setengah jam, dua orang pegawai polis telah datang dan membawakan dokumen berkaitan untuk membuat laporan polis. Polis berkenaan menyoal siasat beliau dan selepas waktu Isyak, dua ke tiga orang doktor melakukan pemeriksaan ke atas badannya.
Pertikaian: dalam laporan perubatan kedua, juga konsisten menyatakan bahawa tiada sebarang tusukan ke dalam dubur saiful. Juga tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan yang mengesahkan beliau diliwat.

13. Sewaktu pemeriksaan, Saiful menyatakan yang doktor telah menggunakan putik kapas (cotton bud) untuk memeriksa leher, badan dan dubur beliau.

14. Mahkamah ditangguhkan ke 9.30 pagi esok, Jumaat (5/2/2010).

Pejabat Ketua AMK

Hentikan Fitnah 2, Ayuh ke Mahkamah 2.30petang ini.

Dato' Seri Anwar di Mahkamah Tinggi, 2/2/2010

Hentikan Fitnah 2! Selamatkan Malaysia! Ayoh, anak muda Malaysia, himpunan rakyat bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur 2.30ptg hari ini 3/2/2010