Pemuda PKR cabar Farid jelaskan ketirisan wang royalti

http://www.mstar.com.my

PETALING JAYA: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, agar menyahut cabaran Pakatan Rakyat menjelaskan “ketirisan wang royalti minyak RM1.6 bilion.”

shamsul_1new
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, “saya mencabar Farid untuk menjawab isu ketirisan wang royalti kira-kira RM1.6 bilion” bagi menjelaskan kepada umum tentang isu itu. Beliau yang melancarkan jentera dan bilik gerakan pilihan raya Angkatan Muda Keadilan di DUN Ladang di sini semalam berkata, maklumat yang diperoleh daripada sidang Parlimen menunjukkan kerajaan telah membayar royalti RM6 bilion antara 2004 dan 2007.

Berdasarkan maklumat bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, kerajaan negeri itu telah memperoleh RM5 bilion.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran RM400 juta.

“Jadi, mengikut perkiraan masih ada kebocoran RM1.6 bilion dan ke mana perginya wang ini.

“Oleh itu kami mencabar agar Wan Farid menjelaskan isu ini di sini (pilihan raya kecil Kuala Terengganu),” katanya.

Kata Shamsul, kebocoran wang sebanyak itu menunjukkan kerajaan BN tidak boleh menguruskan wang rakyat dengan sebaik mungkin.

“Ke mana perginya wang sebanyak itu… kalau betul BN bela rakyat, buktikan,” kata beliau.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Pemuda PKR cabar Farid jelaskan ketirisan wang royalti”

  1. Mereka dah Joly La!!! Kalau tak macam mana nak beli bungalow, bawa mercedes ke BMW ke, cuti di luar negara satu keluarga, naik bisness kelas, enjoy habis, kalau harap gaji dan allowance menteri mana cukup.
    So, Wan Farid should answer base on the above work scope, anything outside the scope, he is kelentonging.
    Undi lah PAS dan rakyat Kuala Trengganu jangan lupa undi PAS beramai ramai dan tolak BN ke Laut Cina Selatan pada 17 Jan 2009.

  2. Let stop the nonsence talking about BN. Everyone know this Farid. You as the youth leader should concentrate on problems faced by the youth in general. Also please do some reality check on your party leaders who have failed to deliver what they have promised to the rakyat in the last election. Dont be an hipocrate as keadilan is not anyway better than BN. To me PAS should lead the country of course not under the current fanatic leader. PAS is the party should l that can lead the country with fairness to all other races as it is a party based on religion idealogy. You politician are all same seeking for cheap publicity. I wonder how much have you done so far to refine/help the current youth population that is heading towards disaster?…
    Fell free to contact me if you are happy with my comment.

  3. Minta comment sikit mengenai samon tinggi dah juga kemungkinan masuk penjara kereta tidak pasang tali keselamatan bagi penumpang belakang.

    Macam mana bagi rapist? Masuk penjara 100 tuhan?

  4. Dasar, dasar dan dasar.

    Harap2 kerajaan2 negeri bawah PR mengambil iktibar dari keburukan UMNO dan kuncu-kuncu mereka dan tidak mengulangi kesilapan mereka.

    UMNO dan BN ni memang takleh harap dah.

Tinggalkan komen