Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura

12 Dis – Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.

MOHAMED AZMIN ALI
12 Disember 2010

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura”

  1. Yeh,
    If Pakatan rule the Federal Goverment than Singapore have no chance to buy a part of Johor expecially Bandar Iskandar for a price of RM 2 per feet in future.
    But if UBN in rule then they can even get it for the price of RM 1 per feet.

  2. Last tengok /dengar ceramah PR di Jln patingan…
    Minta permit tidak lulus , tidak masalah…tapi saya ,memang tidak setuju selagi muka dua talam..wan zainal (orang kuat tun rahman). Untuk PRU 13 akan datang jangan pilih dia jadi calon cari yang lain. Terima kasih.

Tinggalkan komen