• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Tahniah pasukan bola sepak Malaysia kalahkan Vietnam dgn 1-0. Pingat Emas milik negara. W/bagaimanapun, mutu permainan mesti dipertingkatkan 7 hours ago
    • Saya dijemput ke Astro Awani malam ini jam 930 mlm secara lansung membincangkan perkembangan bolasepak negara. Ada pandangan yg bernas ? 12 hours ago
    • Saya bertanyakan khabar kpd Kak Yan (Azean Irdawaty) ttg keadaan kesihatan beliau. Kak Yan sdg berjuang melwn http://tweetphoto.com/6498275 1 day ago
    • Tahniah Erma Fatima, Pengarah Prog. Warga Atas Pagar yg berjaya menganjurkan talk show yg menarik, pedas & kre http://tweetphoto.com/6475969 2 days ago
    • Pertemuan dgn AJK Cabang Bukit Katil. Hj. Dr. Hamzah, N.Pengerusi Keadiln Mka dpt bersama setelah kembali dr M http://tweetphoto.com/6475774 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

‘Dari Blog Ke Blog’ di Sinar Harian

Saya dimaklumkan oleh adi pagi ini melalui sms yang kenyataan media saya semalam ada dikeluarkan dalam ruangan ‘Dari Blog Ke Blog’ di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kelihatan penangan blog betul-betul mengesankan. Apapun tahniah daripada saya buat Sinar Harian kerana secara tidak langsung mengiktiraf penilaian kritis dan kritikal yang disumbangkan oleh para bloggers di Malaysia.

Secara peribadi saya melihat pemberitaan Sinar Harian agak seimbang, khususnya edisi Negeri Selangor yang banyak menyiarkan aktiviti kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Meskipun ada banyak ruang untuk penambahbaikan, ini satu etika kewartawanan yang dialu-alukan, menghormati suara rakyat yang memilih kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyiarkan berita yang seimbang dan jelas.

Saya setuju dengan RockyBru, yang langkah positif sebegini wajar diikuti oleh akhbar-akhbar lain.

3 Respons

  1. What’s fair is fair
    What’s unfair is unfair
    Let’s keep what’s fair as fair
    Let’s change what’s unfair to be fair

    (C) Samuel Goh Kim Eng – 080508
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Thur. 8th May 2008.

  2. Saudara Shamsul….
    Saya amat bersetuju dengan pandangan anda tentang sinar harian ….. akhbar itu agak seimbang …. akhbar harian yang saya beli hari ini …. saya ada bertanya pada mamak paper …. dulu dia kata sinar takdak laku lepas PRU ada laku …… mungkin sebab berita banyak tentang di Selangor dan Kl maka mereka seimbangkan …. ye la kedua-dua negeri tue kan Pakatan Rakyat punya …… apa-apa pun inilah contoh sebenar kebebasan akhbar ….. jgn takut premit kena tarik….Suara Keadilan sudah lama tiada premit tetap diterbitkan seperti biasa ….. BLOG SEKARANG dan jadi surat khabar online sekarang selepas PRU…. Moga2 kita dapat berjuang dengan aman dalam apa-apa pun caranya…..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

  3. Assalaamualaikum Sam,

    Baguslah macam tu . Dia search dari blog keblog cari bahan berita.Maknanya akhbar dah mula menaruh keyakinan kepada blogger. Ini satu pertanda baik.Isikan blog sdr dgn bahan yang lebih panas tapi benar.Jangan sensasikan berita untuk sedap dibaca..biarlah berita itu sendiri jadi sensasi apabila dibaca.

    Dr Hamzah : A fight to the finish is a reward,leaving it is the penalty of life….that’s why I’m back.

Tinggalkan jawapan