Unsur Keraguan & Motif Politik Dalam ‘Sumpah Laknat’ Saiful

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Ogos 2008

Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.

Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?

Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.

AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama’ tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleg digunapakai dalam kes ini.

Pendakwaan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan ‘selamat bertanding’ kepada Dato’ Seri Anwar.

Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.

AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

13 thoughts on “Unsur Keraguan & Motif Politik Dalam ‘Sumpah Laknat’ Saiful”

  1. Dear Readers ,

    Firstly, Dr Mahathir and Najib Razak are IGNORANT Muslims, they should not make such comments and should leave such matters to the Learned Scholars.

    I just want to remind all and sundry that the Islamic Civilisation has a established a Judicial System right from the beginning.

    Today in Malaysia it comes under the direct Purview of the Agong in the Federal Territories, Melaka, Penang, Sabah & Sarawak and the Sultans elsewhere.

    It has Judges, Adocates and Bailiffs and even Sheriffs, otherwise, it may make use of the Agong’s Police.

    It has as its corpus of precendents, in the thousands upon thousands of similar cases in its 1400 years of history.

    As for new cases, it guiding principles are the Quran, Hadiths, Ijtihad and Qiyas. And that it has enough Legal Jurists to attend to formulate new laws as for example Cyber Laws as an example.

    Stems cells, Genetic Engineering and such like matters can always go back to Verses of the Quran and Hadith. One need only look for the Learned, Discerned Scholar that is around in this world.

    Anyway, it is NOT so much the problem of the Muslim Community but imported by Western educated scholars whoare not trained classically or traditionally in both Western & The Traditions.

    Saiful and his family are badly advised by UNLEARNED people and those who pretend to be Islamic Scholars and Legal Advocates who are thoproughly trained in ALL the Schools of Jurisprudence [Fiqh]and the Principles and Philosophy of Islamic Law.

    The Masjid Wilayah Officials, ie. the Imams, and the Director of Jawi have committed a CONTEMPT of the Federal Territory Syariah Laws and Courts.

    The case is still pending under Syariah laws and Courts.

    The manner adn conduct of the “swearing or oath proclamation” is NOT in consonant with the Syariah, Fiqh [All Schools] neither it is consonant with ehe Legal and Philosphy of Islamic Law, & Theology.

    By protocol, the 2 litigants should be present in the Syariah Court standing/sitting before the Learned Judges and Learned Scholars ONLY after EXHAUSTINg all avenues of the Syariah Courts and the Appeal to the Yang DiPertuan Agong to intervene.

    And, it normal and expected of one of the 2 litigants to show GREAT Anger, CRY, Traumatized, and totally at a lost, helpless, lonely and unprotected SAVED to Allah swt as his real protector, judge, wise, and all his Beautiful names and attributes.

    He/she normally would rise his hands and no longer trusting the humans around him [ie. the Judges, Scholars and Courts, and even the Agong] but he/she rest his case before his/her Creator Allah All Mighty.

    Shame on All the Judges, Scholars and Amir/Khalifah/Sultan/Agong who cannot help him find justice on earth for which they all collectively and singly are answerable to God.

    God is Great. And to Allah is your return.

  2. i wonder why there wasn’t any fanatic muslims to protest outside the house as the shitful has clearly abused and humilated al-quran and islam.

    and if he (the so called victim, witness and the accuser) disagreed with the charge upon DSAI, does the case still have any ground to proceed???

  3. Assalamualaikum,
    Will someone let me know more about the official’s backaground in front of whom saifool bersumpah. The name sound foreign but again I may be wrong on that.

  4. unbelievable to note that both Dr. M and Najib is very vocal with regards to swearing on Al-quran which does not relevant to the issue, if someone did crime could we Malaysian except the swearing if we guilty or not? perhaps Dr.M will soon reside at foreign country and swear too for his past wrong doing, and Najib too will swear over Altantuya’s case.

  5. Apalah yang nak diharapakan pada golongan yang sanggup menggadaikan maruah dan agama mereka pada harga yang paling murah dan jijik sekali . Biarkan! Biarkan !

  6. Ana rasa Si Saiful ingat dia pi masjid tu utk majlis akad nikah dia ngan si Jannah, sebab tula dia bergaya sakan, siap pakai baju melayu dan bersongkok lagi. Alih-alih dia diberi skrip utk bersumpah yg Anwar tu liwat dia! Yg tukang karang skrip tu pulak memang 2 x 5 ngan si sepol, geng ‘drop out’ universiti, tapi pasang angan2 tinggi nak jadi pilot! Alahai sepol, malas la nak layan, apa-apa jela…..

  7. “Kepada mereka yang mempermain-mainkan hukum Allah tunggulah azab yang amat pedih di akhirat kelak…..”

  8. Moga Sumpahan Lakhna Saiful Kena pada Diri sendiri dan Si perancang fitnah ini. Si Saiful tau tak apa itu Islam, apa itu sumpah dan akibatnya, apa fungsi masjid, Apa kekuatan & fungsi Al – Quran. Cara Saiful mempermainkan dan menghina Islam. Sebaiknya Sumpah dikenakan secara tertutup di mahkamah Syariah dan tak perlu menjunjung Al-Quran. Persoalanyan cara ko saiful tu salah. Mana ahli2 ulama, veteran2, ahli2 masjid dalam video angkat sumpah ko tu. Yang nampak dalam masjid itu penuh dgn wartawan dan saksi dua orang pemuda 20an. Masjid tempat ibadat dan ko telah nodai dengan pijakan orang hiburan. Kes begini perlu dibincangkan bersama ahli2 ulama yang pakar kes begini .Pendapat saya ko Saiful telah melakukan kesilapan yang besar dan bertaubatlah ko Saiful. Pikir la ko Saiful masa depan ko dan keturunan ko.. “Moga Allah tunjukkan kepada kami semua akan kebenaran apa yang telah berlaku “

  9. En Saifol..
    Saya nak tambah sedikit komen. Rata2 saya jumpa orang ramai pelbagai kaum. Kebanyakan sumpah dan maki ko Saiful. Dan seorang ahli UMNO maklumkan jijik dengan persiaran berita dan media mengenai Sumpahan Ko Saiful.
    “Malu aku kat anak2 dan cucuku. Buka je TV tayang cite macam nie.” kata beliau.
    Bila saya bersuara pendapat saya akan politik UMNO & PR Dia senyap. Sini saya ketengahkan walaupun kebanyakan ahli UMNO tau kebenaran dan perancangan fitnah tersebut. Tapi mereka tidak berani bersuara kerana periuk nasi nya dibawah jagan pemimpin UMNO tapi yang pelik pula diorang jijik pula tengok cite sumpahan tu. Saiful taubatlah ko dan harap ko cerita kebenarannya kepada rakyat. Insyallah ko akan hidup dengan ketenangan dan mati dalam ketenangan juga

  10. Sbg kaum Adam, aku rasa cukup malu dgn peragai Si Saiful. Ko mmg muka tak malu sbb gadai maruah menayangkn muka bersama sumpah2mu yg entah betul entah tidak.Tapi aku rasa ko sbg pelakon ja.

    Wahai Si Tolol nk tanye ckit, berapa bayaran yg ko dpt masa buat lakonan sumpahan tu. Aku rasa baik ko dermakn cikit kat rumah ank2 yatim. Tau pn ko sumbangkn balik kat UMNO utk pertarungan di Permatang Pauh.

  11. ASALAMMUALAIKUM…
    bicara pasal dr sri anwar ibrahim liwat saiful???
    [tidak maksud akal]….

    tunggu la “BALA” menimpa saiful………
    mungkin terjadi klo dia bersumpah

Tinggalkan komen