PM Abdullah dan DSAI : Makan Tengahari Untuk Keamanan !

Anwar, Tok Ayah dan Abdullah : Makan Tengahari Untuk Keamanan
Anwar, Tok Ayah dan Abdullah : Makan Tengahari Untuk Keamanan

Saya menyangkal dakwaan Sayuti Omar (MSO) di blog beliau yang menyatakan bahawa PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar berunding di Hulu Langat.

Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.

Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir
Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir

Program yang dimulakan sejak daripada awal pagi turut diisi oleh para penceramah jemputan khas dari dalam dan luar negara termasuk saya sendiri. Yang menarik ialah ucapan Sami Di Raja Thailand yang memberikan beberapa dimensi yang menyegarkan mengenai keamanan sejagat. Pada beliau setiap insan itu dijadikan dengan kejadian yang sempurna bertujuan untuk bersama-sama menjadikan dunia ini satu tempat kediaman yang aman bagi seluruh ummat manusia.

Kak Wan turut hadir
Kak Wan turut hadir

PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar telah dijemput untuk makan tengahari bersama-sama para jemputan termasuk para ulama’ Asia Tenggara. Selepas dari itu, kedua-dua mereka bersolat zohor secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan ucapan PM Abdullah serta tazkirah daripada Tok Ayah. PM Abdullah mengingatkan para jemaah kepentingan untuk ta’awun di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat manakala Tok Ayah menegaskan tentang kewajipan pemimpin negara untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur)

Bersama 'bakal' PM Thailand
Bersama 'bakal' PM Thailand

Apapun saya setuju dengan MSO, pertemuan hari ini mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

34 thoughts on “PM Abdullah dan DSAI : Makan Tengahari Untuk Keamanan !”

  1. paklah memang bangang, dia bukan tau org nak perangkap dia, main sondol je, ni lah jadi nya negara kita.

  2. salam..harap DSAI & PM abdullah bersama PR untuk menghalang najib jadi PM!!…DSAI & PM abdullah sama2 mempunyai fikrah islam jadi mari kita sama2 berdoa supaya berkat dari pertemuan itu akan membuahkan sesuatu yang baik bagi islam..

    salam perjuangan buat DSAI,PM & PR dari anas amk kuala kedah

  3. Paklah boleh jumpa sesiapa je sebab beliau adalah PM lagi. Soal spekulasi kononnya PM dan DSAI ada perbincangan sulit, tu tak masuk akal.

  4. Sdra Shamsul Iskandar, tahniah diatas usaha menonjolkan peristiwa ini….

    Mudah-mudahan titik makan untuk keamanan bersama ini akan menjadi permulaan ke arah Malaysia yang lebih baik, makmur dan adil.

  5. Salam,

    Sdr nampaknya menjadi saksi utama pertemuan bersejarah itu. Adakah sudah tiba masanya membersihkan ‘luka/ darah’ setelah ‘berperang’?

  6. These are the teachings of the Quoran!
    Love thy neighbour.
    What Tok Ayah did is right..!
    They are all Muslim brothers.

    Badawi & Anwar having lunch together doesn’t mean they are up to anything…!

    Thank you..!

  7. Alhamdulillah!! Inilah yang sepatutnya berlaku pada setiap masa dan ketika, sebagai pemimpin, mereka harus berbaik-baik, berbincang, bertukar-tukar fikiran demi rakyat dan negara. Bertikam lidah dan sebagainya hanya sewaktu pilihan raya, diparliamen bersidang, berbincang dan berdebat sebagai wakil-wakil rakyat untuk rakyat dan negara bukan untuk parti masing-masing lagi, itulah yang sewajarnya.

  8. apa pun saya percaya tiada siapa pun yang terlepas pandang niat murni Tok Ayah menjemput dua pemimpin utama di negara kita,mesej yang jelas agar 2 pepimpin ini bersatu untuk kebaikan rakyat malaysia.

  9. Pilihan pertemuan pada hari Najib membentang ransaangan 60B menunjukkan satu petanda yang baik bagi Anwar dan Dollah.

    Nothing is impossible in politics

  10. Dear Pah Lah and Dato Seri Anuwar,

    I am sure I speak for most Malaysians across all race and religions that Najib should not be the next PM.

    Dear Pak Lah, if you do not wish to remain as PM then please hand over the premiership to Dato Seri Anuwar, whom I am sure will carry out most of the reforms you wanted to do but could not because of those arrogant and corrupt supreme council members.

    May God be with you, Pak Lah, DSAI, Tok Guru (Ayah), Kit Siang,Karpal and Pakatan; those who wish to see that this nation does not become a ‘pariah state’.

    God Bless!
    Will.

  11. alhamdulillah kalau ini benar, pak lah n anwar perlu berganding bahu untuk menyepadukan umat islam di malaysia dan jangan bermusuh.

  12. moga2 pertemuan ini membawa kebaikan kepada rakyat dan negara… Moga negara akan kembali aman dari krisis politik dan rakyat dapat beribadat dengan tenang…

  13. Eiks!!! hati2, nanti orang fitnah ini foto di photoshopped, dan pak la di superimposed dech!! wakakakaka..

  14. tak mungkin pak lah tak tahu yng anwar akan hadir di majlis tersebut..pihak protokol pm dan sekuriti biasanya akan menyiasat siapa hadirin yg lain..jadi saya rasa pertemuan ini di rancang terlebih dahulu..mereka berdua lah yg tahu apa yg dibincang..moga-moga untuk kebaikan malaysia dan rakyatnya

Tinggalkan komen